Posts

Showing posts from 2010

Cake Chocholate Moist

Image
Ini adalah diantara tiga biji kek coklat moist yang diorder oleh Puan Solehah untuk majlis kenduri kahwin anak lelakinya.




kek choc. moist disalut dengan badam bakar




kek coklat moist yang ini special sikit sebab ianya dikukus jadi rasanya memang ummmph! sebab terlalu moist sangat!!



close up!



Kek Coklat Moist




Bahan-bahannya

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (saya gantikan dengan butter cair lagi sedap)
1.2 cawan susu manis
1 and 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
3 biji telor


cara

Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan aduanan suam. Tepung, soda bikarbonat dan baking powder diayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti aduanan naik.(tuang 1/2 acuan je). Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk …

Biskut Suji Badam

Image
Alhamdulillah, semalam telah selamat menghantar order oleh Mak Mertua rakan baik & sebilik waktu di Mekah Puan Mariah. Makcik Solehah (ehh! samalah nama anak bongsu kita) order sebanyak 2500 biji biskut suji badam dan 150 biji coklat oreo edible image (gambar selamat pengantin baru).Tapi tak berhenti pula berdebar-debar nak menyiapkan tiga kek choc moist untuk tetamu pada hari perkahwinan 28hb.November 2010 nanti.


Antara biskut suji yang akan dihantar



Sebelum dibakar


Kalau berminat nak order sebagai doorgift @ makan sekeluarga

Harga

50 biji RM18

100 biji RM 35


Blueberry Cheese Tart

Image
Pastry

250gm butter (only used marjerin, cheese akan memuakkan, kalau pakai butter)
125gm icing sugar
1 egg
440g plain flour


Filling

250gm philadelphia cheese (brand ni saya yakin halal)
60 gm gula castor
20gm butter
1 egg

Blueberry jam

cara-cara

pukul butter & gula sehingga putih. letakkan telor. dah sebati letakkan tepong sikit2 sehingga tak lekat di besen.Ambil acuan, letakkan shortening (supaya tak melekat dibakar) baru letakkan pastry.

Bekas tart yang telah dibakar tadi disejukkan. Letakkan filing & blueberry jam sikit dibahagian atas, kemudian dibakar menggunakan api atas selama 15 minit. Hidangkan panas2 memang sedap sangat.Bekas tart atau 'shell' boleh dibuat banyak dan disimpan dalam freezer bila tetamu datang boleh dihidangkan panas2.


Kalau tak sempat nak buat boleh order dengan saya

Besar - 1 biji - RM 1.50

kecil - 50 biji - RM 35.00

Tasbih dan Zikir

Image
Sebenarnya sejak kecil aku memang suka sangat masak.Tak tahulah kenapa, mungkin sebab aku anak yang sulung atau sebab aku 'perempuan melayu terakhir' kut (cewah!!! perasanlah pulok!).Aku ingat lagi kerana terlalu suka makan kek, sewaktu umur ku 9 tahun dah pandai masak kek sendiri tapi aku telah besarkan api hingga hangus menyebabkan emak aku melenting marah.Manataknya disebabkan hangus, aku sorang yang makan. Kelakornya!.Lepas form 3 hajat hati nak masuk sekolah vakasional nak ambil course bakery tapi entah mamat mana yang memang admire sakan kat aku bila dengar aku ambil borang terus dia pun terhegeh-hegeh sama (cerita lama, hubby ku sayang jangan jealous lak!) terus aku tak jadi.Lepas spm pula aku dapat offer bidang perhotelan di ITM (sekarang UITM) tapi arwah bapa aku tak bagi sebab takut nanti syubahat belajar hidang air arak ( wallahualam, aku pun tak tahu mana arwah bapa aku dapat sumber ini).Tapi sebagai anak yang tak mahu derhaka pada bapanya aku akur. At last sekaran…

Rendang Pedas Perak (Daging)

Image
Rendang Pedas ini kesukaan anak-anakku.Adikku kak ngah selalu puji katanya rendang yang aku masak sedap. Oleh kerana suka sangat masakan ku, kak ngah sanggup keluar duit belanja minta aku masakkan rendang ayam untuk 'open house' rumahnya hari raya aidil fitri baru-baru ini.Terima kasih, kak ngah tahun depan orderlah lagi dari yong ini, bolehlah simpan duit sikit-sikit hajat hati nak sangat buat umrah dengan kak ngah insyaallah. Yong doakan bisnes kak ngah akan lebih berjaya, dapat projek besar2.Bolehlah yong tumpang senang. Amin.

Bahan-bahannya

1 kg daging
15 ulas bawang kecil merah
2 titik serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 biji kelapa (diambil santan)
3 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit
4 sudu besar cili boh

cara

Daging dipotong kecil

bawang merah, lengkuas, serai halia, cili boh diblender bersama hingga lumat

Sediakan kuali yang sederhana besar, masukkan daging dan semua bahan yang diblender.Masukkan santan dan sedikit kunyit (untuk dapatkan warna menarik pada rendang)

Masak hin…

Chocholate Oreo with Edible Image

Image
Hari ini, aku nak kongsi buat coklat dengan tampalan gambar edible image.Kos untuk buat coklat ini 'not bad' lah juga. tambahan pula lepas raya puasa ini semua barang dalam kedai bakery naik. coklat beryl's yang selalu aku beli harganya RM 11.50 tapi dah naik ke RM12.90. Ada juga yang guna jenama selbourn (kalau tak silap spellingnya) lagi mahal harganya tapi cepat beku kata kawan tak perlu masuk dalam fridge.























Sebenarnya aku tak pernah attend course untuk buat choc.ini sebab kedekut duit kut, tak juga yang sebenarnya tak cukup modal.Boleh tahanlah harganya dalam rate RM250 tapi berbaloi-baloi banyak tips & ilmu coklat yang dipelajari. So untuk ibu2 seperti sahabat aku Azian Alias yang letih dengan rayuan anaknya kerana kempunan tak puas makan dengan choc yang dibelinya dari aku maka aku berkongsi resepi dengan anda semua. Berbelanjalah lebih sikit dan buatlah sendiri untuk anak2 dan suami supaya mereka akan ingat anda bila anda tua esok bahawa ibunya walau susah macaman…

Talam Cendol & Seri Muka Pandan

Image
Talam Cendol & Seri Muka Pandan
4 kotak kuih talam ini di order oleh sahabat niaga ku Fazlin yang tinggal di Jenaris, Kajang untuk tetamu kateringnya di TM Telekom.Thanks lin,

Harga sekotak cuma RM25 ada 56 potong. Lemak dan sedap

Pesanan boleh dibuat melalui email @ telefon terus 3 hari sebelum diambil.







Hidangan Hari ke 2 Hari Raya Aidil Adha 2010

Image
MAKARONI BAKAR




Bahan-bahannya : I bungkus makaroni (500gm) 1 tin kecil tomato puree (lebih kurang 5 sudu makan) 1 sudu besar cili boh 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Fish ball (ikut suka nak letak ayam,udang ke @ daging) 5 biji telor ayam 100gm cheese (ikut suka,nak sedap banyak pun tak apa) daun sup/bawang bawang goreng oregano Cara : Rebuskan makaroni hingga lembut. Toskan dan letak tepi. Tumiskan dalam kuali bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili boh hingga garing & naik minyak baru masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato. Masukkan pula sedikit garam & gula. Kemudian masukkan makaroni & fish ball Goreng & gaul sebati macam masak mee goreng. Dah samarata masukkan dalam tray macam dalam gambar atas, ratakan. Letakkan telor yang telah dipukul dan taburkan cheese serta oregano. Masukkan dalam oven dengan suhu 130 selama 25 minit. Hidangkan ditaburkan dengan daun sup &am…

Hari Raya Aidil Adha 2010

Hari ini tak tahulah dah 2 kali aku cuba update blog bila nak posting tiba-tiba hilang. Huh! betul2 menguji kesabaran aku ni. Sebenarnya dah lama aku tak update blog ini.Sibuk kena siapkan tempahan dan melayan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.Sebagai ibu itulah tugas yang perlu aku lakukan dengan terbaik.

Sempena dengan Hari Aidil Adha yang ke2 ini ingin aku kongsikan bersama artikel yang ku pinjam dari blog yang selalu aku singgah demi melepaskan rindu pada bumi Mekah yang pernah kukunjungi tahun lepas sebagai tetamu Allah.

"One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company. He passed the first interview; the director did the last interview, made the last decision. The director discovered from the CV, that the youth's academic result is excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never has a year he did not score.
The director asked, "Did you obtain any scholarship i…
Image
Nasi Tomato dan Kari Kambing Istimewa

Hari ini Syawal 1o, oleh kerana hari ini Ahad dan cuti so Ayu plan nak masak istimewa untuk suami tersayang dan anak-anak. Kebetulan bulan syawal, mana tahu tetamu datang mengejut.Masakan istimewanya Nasi Tomato disulamkan dengan Kari Kambing (memang favourite hubby ku), ayam masak merah (kesukaan anak2) dan jelatah timun. Resepinya : Nasi Tomato 1/2 kg beras basmathi Faiza 5 biji tomato (blend) tomato puree (tin kecil) sedikit bawang merah, halia, bawang putih, bawang kuning (blend) 2 sudu besar minyak sapi gheeblend (pastikan halal) kulit kayu manis, bunga lawang cara tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bhn yang diblend (bawang dulu sehingga kuning) masukkan tomato (blend), tomato puree, beras dan air (agak2) Kari Kambing Istimewa 6 potong besar kambing (dipotong kecil) karot kentang kulit kayu manis, bunga lawang bawang merah, bawang putih, halia (lagi banyak bawang lagi sedap) kari baba's, kari adabi, kari alagappa, (peket kecil - campu…

Kek Choc.moist

Image
Kek Chocholate Strawberry (lihat betapa gebunya...belum rasanya lagi..sedap sangat!!)





Kek Chocholate Strawberry
Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri ku ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekolah yang menghubungi diri ini samada melalui telefon dan juga facebook.Hari ini dah syawal yang ke 9 baru sempat nak upload kata-kata jelah kut sebab-sebab gambar tak sempat nak ambil very busy terlalu busy nak siapkan biskut-biskut yang diorder dan juga hamper.Alhamdulillah jualan di TM HQ di bangsar amat menggalakkan sehingga ada yang memberi peransang untuk aku membuat jualan lagi di sana tahun depan. Tak tahu nak cakaplah jualannya memang bagus untuk aku yang buat pertama kali ni boleh tahanlah juga tapi bila tolak dengan kos tapaknya rm500 untuk tapak dan gaji pekerja serta parking dan duit minyak kena fikir banyak kali juga.Tapi walaumacamanapun itulah satu caranya untuk memperkenalkan produk 'An najwa home bakers'. Sedikit sebanyak memang kena labur sedikit untuk promosi.Terima kasih juga ku ucapkan unt…
Image
NASI SERAI Alhamdulillah pada 1 rejab, sebagai suri ku telah menyediakan masakan istimewa utk keluarga.Seronoknya bila mendapat pujian dari hubby, perut lapar pun jadi kenyang bila tengok cik abang makan dengan banyak.So atas permintaan sahabat tersayang yati, saya sediakan resepi.Yati jangan baca je resepi ni nanti saya datang rumah baru awak yang dah renovate tu saya nak awak masakkan untuk saya.Senang je kalau nak tahu sedap ke tidak, tanya je dengan cik abang tu.

Bahan-bahannya (utk 3 orang makan) Serai gemok 4 batang bawang india 2 biji bawang putih 3 ulas halia 3 cm lengkuas 2 cm (bhn ini diblend dan dibahagi 3 -kalau utk nasi saya ambil 2 senduk kecil, 3 sb utk masak daging hitam manis, lebihan nya diperapkan bersama ayam) nasi dalam 3 pot (sy guna cwn kecil) beras basmathi 1/2 butter (1/2 dari 25ogm) daun pandan 2sdk kecil rempah yg diblend letak butter, agak panas letakkan rempah tadi sampai kuning , masukkan nasi dan daun pandan daging hitam manis 1/2 kilo daging dipotong kecil kicap 3 sb sos…
Image
TALAM SERI MUKA PERISA PANDAN
sekotak 64 potong (10" x 10")
RM 25 lain -lain talam ialah talam gula merah,talam cendol, talam ubi, talam suji.talam lapis coklat
Image
TALAM KELADI Sekotak ada 64 potong (10" x 10") RM25
Image
CHOCHOLATE OAT CRISPY
PROMOSI BULAN REJAB
HANYA RM 10 SEBALANG
Image
BISKUT SUJI BADAM
PROMOSI UNTUK BULAN REJAB
RM10 SEBALANG
Image
ROSE CHOCHOLATE
(terpulang kepada kehendak customer, kalau suka kacang seperti walnut, almond, hazelnut @ jem blueberry, strawberry) 50 pcs - RM23 Boleh diorder sebagai biskut raya untuk doorgift-kotak lain harga
Image
OREO CHOCHOLATE WITH EDIBLE IMAGE RM 2 ONE INCLUDING PACKAGING Minimum order 50 pieces. tapi kalau order lebih 100 harga boleh dirunding

Chocolate Oreo With Edible Image

Image
Chochlocate Oreo with Edible Image

Coklat diatas hadiah kepada mak saudara yang mengadakan majlis perkahwinan untuk anak lelakinya.Alhamdulillah menjadi rebutan bukan sahaja anak2 sedare tapi juga mak-mak sedare sampai sayang nak makan sebab cantik sangat.Masuk dalam facebook, bestfriend masa sekolah menengah dulu order pula untuk anak buahnya kahwin. Thanks yan, kalau sudi orderlah biskut lain lak
Image
chocolate oat crispy sebalang penuh rm20 Delicious with crunchy taste.my children loves this cookies of course my hubby too.
Image
apam kukus coklat dan apam gula hangus

ordered by my neighbour for birthday anak saudara dia.thanks mirza for your order.
Image
Bulan mei ini birthday my mom, kebetulan hari ibu. rindunya kat emak dikg cherok, jemuan kuala kangsor.apa khabor emak, rindu benor rasanya ayu kat emak.tapi nak buat camana tunggu cuti sekolahle teman boleh balik.anak-anak sekarang tengah pulun nak exam half year.doakan cucu emak lulus dengan cemerlang. So for special person this book i recommend you to have its. 1. pemilik cintaku - fatimah syarha 2. anakku hebat anakku soleh - ustaz zahazan mohamad
Image
giftbasket wow ! gitu-gitulah. very simple but citarasa kemelayuannya terserlah! dulu masa kat kampus bila tension exam nak dekat selalu kacau member tengah pulun study dengan lagu ni...best giler!! tuai padi antara masak esok jangan layu-layuan intai kami antara nampak esok jangan rindu-rinduan aha!! sambunglah...
Image
Medium bag and Small bag Maruku atau muffin boleh dipacking dalam beg-beg yang cantik ini sebagai doorgift.Harga bergantung kepada berat atau kuantiti produk dan kualiti beg.
Image
Ish!, dah beberapa hari tak upload gambor, busy! busy! busy! customer setiap hari order piza. maruku dan tat.Mana taknya kitalah buat marketing, kitalah juga tukang masaknya.Tapi alhamdulillah rezeki tak putus ini menandakan customer puas hati kut! kut! hopefulylah. semalam belajor talam keladi dengan kak fiza imran tapi lupa nak ambil gambor.tertarik dengan steamer electric very convinience.so nak simpan duitlah nak beli, sebab yang ada kecil bebeno. Ha! kat atas order oleh kak mai, untuk majlis yassin rumah kak ros.Kak Mai tak kisah buat apa janji ada something buahtangan untuk dibawa kemajlis tu.So i decide to make cupcake yang ciut macam kat atas tu,my younger daughter najwa nur solehah, she is very excited . this dora's edible image ini dia yg pilih.hopefully kak mai suka ya.

Image
Cantik tak hamper ni? cantikkan for me very nice and i luv it so much.i dont know tapi kalau English stlye, i allergic sikit pantang tengok bunga-bunga. my hubby selalu kutuk bunga banyak kat rumah mencipta sawang.Hai! hati perempuan nak kemana lagi.So this lovely hamper i make for my self, happy birthday to me!!!. anyway to whom that really interested with this hamper, give to your mom for mothers day. Buku yang terkandung didalam adalah penerbitan telaga biru seperti dalam website yang saya link diatas.

Harganya RM200.00
(tertakluk dengan harga buku yang dikehendaki)
Image
Alhamdullillah today dah masuk dua minggu saya jual pizza di sekolah-sekolah area kajang.Sambutan menggalakkan. Cikgu-cikgu pun puji kata pizza yang saya buat sedap.Seronoknya juga kalau kena puji ni. walau macamanapun terima kasih kepada cikgu-cikgu yang memberikan sokongan penuh kepada saya.Tapi walau macamanapun matlamat saya bukan untuk keuntungan, tetapi mereka umpama anak-anak saya yang diharapkan dapat makan makanan yang bersih dan berkhasiat. So antara pizza yang saya jual ialah pizza sausage (yang saya pastikan kesuciannya ), pizza ayam, pizza udang dan pizza sambal tumis. so kalau nak order pizza saya untuk birthday atau buah tangan harganya cuma RM10.00 sekotak (tapi kena datang ambil sendiri ya!)