Thursday, November 18, 2010

Hidangan Hari ke 2 Hari Raya Aidil Adha 2010

MAKARONI BAKAR





Bahan-bahannya :
I bungkus makaroni (500gm)
1 tin kecil tomato puree (lebih kurang 5 sudu makan)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Fish ball (ikut suka nak letak ayam,udang ke @ daging)
5 biji telor ayam
100gm cheese (ikut suka,nak sedap banyak pun tak apa)
daun sup/bawang
bawang goreng
oregano
Cara :
Rebuskan makaroni hingga lembut. Toskan dan letak tepi.
Tumiskan dalam kuali bawang merah, bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili boh hingga garing & naik minyak baru masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.
Masukkan pula sedikit garam & gula. Kemudian masukkan makaroni & fish ball
Goreng & gaul sebati macam masak mee goreng.
Dah samarata masukkan dalam tray macam dalam gambar atas, ratakan.
Letakkan telor yang telah dipukul dan taburkan cheese serta oregano.
Masukkan dalam oven dengan suhu 130 selama 25 minit.
Hidangkan ditaburkan dengan daun sup & bawang goreng
Sedap sangat, anak2 suka. Tapi hubby tak gemo lah pula katanya macam tiub tayar.Nak buat camne...nasib baik dia kerja hari ini, kalau tak kena masak dua menu le jawabnya.
Selamat mencuba....




0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com