Posts

Showing posts with the label Congo Bar

Congo bar / brownies

Image
Permintaan dari anak yang sulung untuk dihantar ke tempatnya belajar di Universiti Al Azhar Kaherah, Mesir Bila anak belajar jauh di zaman ini, alhamdulillah teknologi canggih dengan adanya 'smart phone', 'whatsapp' & 'skype' menjadi penghubung kami sekeluarga. Walaupun jauh di mata tetap dihati, walaupun boleh bercakap setiap saat dan hari tapi tak sama anak di depan mata. Apatah lagi anak perempuan, berada di bumi Mesir pula dengan sistem politik yang masih lagi tidak aman seperti sebelum ini. Namun doa setiap saat di berikan untuk si anak supaya dipermudahkan oleh Allah menuntut ilmu di bumi anbiya Congo bar menjadi tumpuan & penantian oleh rakan sebilik.Alhamdulillah telah selamat sampai, dibawa oleh rakannya juga. Itulah gunanya ukhwah persaudaraan sesama Islam saling bantu membantu. Mereka sangat 'enjoy' suka sesangat.

Tempahan selepas raya

Image
Selamat Hari Raya tahun 2014   Kini syawal kembali setelah berpuasa selama sebulan. Paling menggemberikan anak-anak yang kecil,alhamdulillah mereka berpuasa penuh. Mengharungi layanan cetusan hati & perasaan mereka yang kelelahan mengharungi perit menahan lapar & dahaga kadang-kadang meruntun hati seorang ibu. Bersyukur sangat pada Allah swt, dikurniakan kesihatan & berbuat terbaik pada bulan Ramadan yang lalu.   Walaupun kepenatan yang teramat sangat menyiapkan tempahan biskut raya, namun kepuasan tak mampu terucapkan bila keuntungan yang diperolehi dapat dikongsi bersama orang yang tersayang serta mereka yang memerlukan. Memberi dengan hati yang benar-benar ikhlas, mendidik hati, jiwa & perasaan ikhlas & bersih kerana Allah swt. Perniagaan walau apa jua bidangnya , namun kalau tidak kuat, tabah, dalam mengharungi keperitan & kepenatannya bukanlah berniaga namanya. Dan berniaga ini bagi saya bukan sekadar menambah pendapatan &memmperoleh k...

Tat Nenas (bunga) & Congo Bar

Image
Bismillahirahmanirahim Cuaca di negara Malaysia, sekarang ini panas.Dah lama tak hujan.Tempoh hari bila atap berbunyi menandakan hujan turun cepat-cepat duduk kat 'sliding door', hati ini suka sangat bau air hujan, angin yang sepoi-sepoi bahasa meniup kain langsir....bestnya. bersyukur sangat2. Tetapi rupanya hujan sekejap, hanya lalu je. Itulah barangkali dugaan Allah hendak menguji hambanya, Peringatan darinya supaya sentiasa mengingatkan manusia supaya sentiasa bersyukur kepadanya & menunjukkan bahawa kekuasaannya adalah padanya jua Tat Nenas Bunga antara produk baru yang diperkenalkan , alhamdulillah mendapat sambutan menggalakkan, rupa-rupanya ramai peminat tat nenas bunga, perkongsian dari kenalan & pelanggan mengatakan mereka dah lama cari tat nenas bunga ini.  close up ! sikit Congo Bar Kini dah meletop-letop permintaan di An Najwa Home Bakers, banyak permintaan. kelebihan produk ini ialah # mengandungi kekacang kuaci # mengandungi ...