Posts

Showing posts from June 16, 2013

Lagi dua minggu Ramadan menjelang

Image
Tahun-tahun sebelum ini biasanya bulan Rejab & Syaaban aku sibuk menyiapkan sample biskut raya & tempahan biskut raya untuk peminat2 biskut ku. Tapi kali ini hati ku berbelah bahagi nak buat ke tidak, nak buat ke tidak. Ikutkan hati memang nak buat tapi kudrat ini tak mampu. Bukan senang nak buat biskut raya ini perlukan ketekunan, kerajinan & kekuatan. Kadang-kadang tersengguk2 kerana terlalu mengantuk maklumlah bulan puasa, bila malam pula bertrawikh memang menjadi kewajipan pada ku, penat macamana pun aku tak mahu tertinggal menikmati bulan baik ini nak kejar duit, duit juga tapi akhirat pun kena kejar juga. Seusai bertrawikh kami anak beranak akan bertadarus, suami bertadarus di surau tapi kalau dia balik awal akan sambung bertadrus dengan kami di rumah. Bila suami ada ni yang tak sedap ni, aku selalu kena cubit dengan dia sebab tersengguk-sengguk mengaji...entah kemana-mana yang aku baca. Anak-anak banyak tolong cover sambungkan ayat yang patut aku baca, daripada ba

Ramadhan 1434 /2013 M akan berkunjung lagi

Image
Di usia ku yang menjangkau ke 44 tahun kini, mudah-mudahan Allah mempertemukan aku dengan bulan Ramadan 1434H. Bersyukur sangat pada Allah swt kerana dikurniakan suami yang soleh yang sentiasa mengingatkan aku dalam apa jua perkara lebih-lebih lagi hubungan dengan Allah, anak-anak yang sentiasa ceria & sihat, walaupun kadang menguji ku dengan perangai keanak-anakkan mereka.Dan insyaallah sekiranya diizinkan Allah pada hujung bulan Disember akan dikurniakan 'baby' baru. Hasil dari solat hajat & doa anak-anak.Ish2! sampai solat hajat mereka ini punya nak adik baru, sampai siap pesan si Najwa Nur Hajidah pada sahabat baiknya yang menunaikan umrah pada cuti sekolah baru-baru ini disuruh mendoakan dapat adik lelaki. 'Ter mengandung' di usia begini banyak menguji ku erti kesabaran, kesakitan, kelelahan, keletihan.Allahlah tempat ku mengadu. Namun alhamdulillah, masuk bulan ketiga ini rasa mabuk-mabuk dah berkurangan. Aku dah boleh masak dan bau yang sebelum ini s

Choc Mousse Cake

Image
Setelah sekian lama menyepi, tiba-tiba di fb kelihatan pesanan di 'inbox' ku, alhamdulillah berjumpa bertaut kembali silaturahim persahabatan kami antara ku dengan Che Nor (Tokeh Katering,Bandar Hussein Onn, Cheras). Kami sahabat yang mempunyai minat yang sama iaitu 'memasak' & berniaga. Che Nor berasal dari Kelantan ini sejak sekolah lagi berniaga kuih-muih membantu Ibunya, maka tak hairanlah kini beliau berjaya dengan bisnes makannya itu. Rasa kagum padanya membesarkan anak-anak seramai lapan orang tidak menjadi alasanya untuk berjaya,, dan kini katanya alhamdulillah anak-anak sudah remaja banyak membantunya di rumah. Kerja-kerjanya lagi mudah apatah lagi berniaga...itulah rezeki anak ramai, bila kecil-kecil nampak berderet-deret, kadang-kadang ada juga kata-kata sinis namun macam diri ku sekarang inilah boleh dikatakan enam nak masuk tujuh orang ini dalam zaman sekarang orang kata ramai. Tetapi kini dapat juga ku rasakan kesenangan bila ada anak-anak yan

Selamat Hari Guru

Image
Sempena Hari Guru baru-baru ini, Nur Jannah menyuarakan pada ku untuk menghadiahkan kek cawan untuk para Ustazah & Ustaz di sekolahnya Abim Sg. Sekamat, Kajang. Walaupun keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan, namun untuk anak & guru yang banyak mengajarkan anak-anak ku dari Najwa Nurzakirah, Mukhlis Zikri, Najwa Nur Hajidah, Najwa Nur Wahida dan kini Najwa Nur Jannah & Najwa Nur Solehah...alhamdullillah anak-anak ku pandai solat & banyak juga ayat-ayat Al Quran yang mereka hafal. Kami sebagai ibu-bapa hanya memantau mereka dan mengajar sekiranya cara mengambil wuduk, solat & tajwid mengaji  merreka perlu diperbetulkan. Jzzk kepada guru-guru & termasuk guru-guru ku