Friday, October 14, 2011

Resepi Cornflakes - ibu duit RM10,000

Salam satu malaysia to all bakers.Nampak tak gambar bawah ini.Itulah Cornflakes RM10,000 nama baru Ayu bagi he he. Sebenarnya nak share kat sini resepi biskut yang teramatlah rangupnya dan jangan tak caya kawan yang bagi ini dia cuma buat dalam masa 2 minggu saja tapi dapat RM10,000 untuk bulan puasa yang lepas. Terbeliak biji mata ayu...wah! ini yang panas ponggong ni. Tapi itu adalah antara 3 jenis biskut yang dia buat. Insyaallah, akan datang ayu akan update 2 resepi biskut tu.Kenalah cuba dulu nanti marah pula blogger2 kalau resepi tak sedap dan tak menjadi.




Kawan ini dia jual cuma RM17 tapi dapat 14 bekas (balang tinggi tutup merah). So anda bolehlah kira berapa balang yang dia buat untuk dapat RM10,000 tu.




Cuba jangan tak cuba...memang rangup sangat dan anak2 kata sangat sedap. Esok lusa mesti habis punya



Buruk je biskut ini kan tapi boleh buat ibu duit!!!





Resepinya




Biskut Mix 1 kilo


Tepung naik sendiri 1 kilo


butter 2 kilo


gula icing 750gm


Cornflakes 2 kilo


Telur 5 biji


esen vanilla 4 sb


kuaci 300gm




thanks to Adik Anis

Kek choc. moist deco with buttercream

Thanks again to Puan Aziah

kek choc. moist deco with buttercream




Indulgence cake




Alhamdulillah sms yang diterima dari Pn Aziah 'Kek semua sedap sangat'


bersyukur sangat bila dapat pujian camni. rasa puas sangat.


terima kasih sekali lagi Aziah


Thanks to Pn Aziah










cupcakes choc.moist with topping choc.ganache/buttercream

Wednesday, October 12, 2011

Flyers/brochures/pamplet






Alhamdulillah akhirnya inilah 'brouchures' AnNajwa Home Bakers buat pertama kalinya. Salah satu strategi pemasaran yang perlu untuk meluaskan lagi pasaran produk AnNajwa Home Bakers.Setelah 2 hari diedarkan di sekolah anak-anak dan kawasan terdekat, ada respon yang positif. Lucunya bila ada yang mengharapkan Ayu supaya mengadakan kelas untuk kek yang dipamirkan. Kata mereka nampak sedap dan menarik. Alamak kita ini nak menjual belum lagi nak jadi sifu. Tapi sebenarnya dalam hati tu memang ada cita-cita sebab kat luar sana ramai yang akhirnya jadi sifu-sifu ini dan akhirnya membuka galeri mereka sendiri.Antara yang Ayu tahu ialah Lynn Hassan, Najah Bakery.Adakah ayu ini akan menyusul seperti mereka. Insyaallah untuk meramaikan bakers dikalangan Muslimah apasalahnyakan. Walaupun camana pun restu suami dulu.







Blog Malaysia

BlogMalaysia.com