Tuesday, December 13, 2016

Bermula Tirai 2017

Assalamualaikum semua Sudah sekian lama menyepikan diri, dek kerana latop yang rosak & keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Namun untuk mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan diri ini boleh dapatkan di Fb personel : marsiah hashim fb pages : annajwahomebakers instigram : ayu_sekamat

Tuesday, March 10, 2015

Congo bar / brownies

Permintaan dari anak yang sulung untuk dihantar ke tempatnya belajar di Universiti Al Azhar Kaherah, Mesir Bila anak belajar jauh di zaman ini, alhamdulillah teknologi canggih dengan adanya 'smart phone', 'whatsapp' & 'skype' menjadi penghubung kami sekeluarga. Walaupun jauh di mata tetap dihati, walaupun boleh bercakap setiap saat dan hari tapi tak sama anak di depan mata. Apatah lagi anak perempuan, berada di bumi Mesir pula dengan sistem politik yang masih lagi tidak aman seperti sebelum ini. Namun doa setiap saat di berikan untuk si anak supaya dipermudahkan oleh Allah menuntut ilmu di bumi anbiya Congo bar menjadi tumpuan & penantian oleh rakan sebilik.Alhamdulillah telah selamat sampai, dibawa oleh rakannya juga. Itulah gunanya ukhwah persaudaraan sesama Islam saling bantu membantu. Mereka sangat 'enjoy' suka sesangat.

Monday, March 9, 2015

Katering

Bermula awal tahun baru 2015, kami menerima banyak tempahan 'katering', walaupun dalam kuantiti yang tak banyak seumpama katering lain, tapi alhamdulillah pelanggan semua puas hati dan mendapat tempahan berkali-kali daripada pelanggan yang sama. Kami mengutamakan kepuasan pelanggan dengan masakan yang sama seperti di rumah, cukup rasa masam manis seenak seperti yang dimasak oleh bonda kita. Walaupun tempahan dalam kuantiti paling minima 50 pek sahaja kami tetap menerima , kerana kami baru lagi dalam bidang ketering ini, takut pula 'value' yang ada pada masakan itu terkurang pula kerana kurang peralatan , tenaga kerja & baru peringkat belajar Alhamdulillah, tempahan semakin bertambah. Kepuasan kami adalah kepuasan pelanggan 'apa yang kami makan itulah yang kami masak' itulah slogan suntikan kami untuk memberi 'servis' yang terbaik untuk pelanggan kami

NASI BERLAUK
 
 
 
MEEHON
 
 
 
MEE GORENG
 

Kek Kahwin Bertingkat

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat blogger dan para pelanggan semua Kami 'An Najwa Home Bakers' memohon ampun dan maaf sebab tak 'update' blog ini, hati ini sebenarnya meronta-ronta nak 'update' blog ini tapi disebabkan kekangan waktu & 'latop' buat hal sikit maka tu yang merencatkan semangan nak 'update' cerita-cerita baru ini. Tapi walau macamanapun kegiatan 'annajwahomebakers' boleh je go tru ke facebook tapi gambarlah tak cun pula sebab pakai handphone yang tak berapa nak canggih sangat. Namun alhamdulillah , bantuan 'programmer kanan' saya apalagi kalau bukan en hubby maka bolehlah lepas ini 'update' cerita-cerita terkni. Rasanya dah masuk tahun 2015. azam baru nak buat amal jariah sikit. Mungkin kat sini saya bukan saja nak kongsikan tempahan pelanggan tetapi juga resepi-resepi dan tips jualan. Tapi kena 'sit down' dulu buat paper work supaya nawaitu kesampaian dengan sempurna insyaallah Bawah ini adalah 'hadiah' ikhlas dari kami sekeluarga untuk sepupu yang berkahwin Kek ini sebenarnya very simple , cuma 'costly' sikit dengan belanja bajet yang agak besar

Monday, September 22, 2014

Exclusive Choc chips



EXCLUSIVE CHOC CHIPS

 

PENUH DENGAN KEMEWAHAN OLEH 'CHOC CHIPS' & 'ALMOND FLAKE'

MENGGUNAKAN MENTEGA 'ANCHOR'

 
EJEN DIPERLUKAN
KOMISEN YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN
 

HUBUNGI SAYA

MARSIAH HASHIM (KAK AYU)

0178832497


choc moist cake

 
Stacked Cake
9"
sponge cake
frosting with fresh cream
 

 
cmc
8"
choc ganache
cake choc moist
almond nibs
2 cmc
jzzk to cikgu nor fadillah

Makaroni Bakar


 
Untuk kali pertama 'annajwa home bakers' ditempah dengan kuantiti yang boleh dikatakan boleh tahanlah juga sebab pertama kali mendapat tempahan produk ini. Sebelum ini ditempah oleh rakan sekolah anak-anak sahaja. Namun bila dapat 'call' dari Pusat Darah Negara ,suspenlah juga sebab yang tukang makannya tentulah 'otai' dalam masak-memasak dan tentulah kalau dah tempah makanan sebegini adalah penggemar makanan barat. Tawakal pada Allah cuba buat yang terbaik dan penuh kasih saying. Alhamdulillah komen yang diberi 'habis licin' walaupun 'cheese'nya tak berapa banyak sampai dah jadi macam macaroni goring tapi 'licin'.dari segi rasa tak ada kurang semua ok.'sentap' jugalah sikit bila dikomen begitu, tetapi Alhamdulillah kalau tak , tak tahu kekurangan apakan , terima kasih kerana memberi peluang, insyaallah kalau tempeh lagi 'cheese' akan kami penuhkan setiap 'tray'.
 
14 bekas
macaroni bakar
ayam/daging
jzzk kepada 'pusat darah negara'

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com