Posts

Showing posts from February 12, 2012

Rainbow Cake

Image
Rainbow Cake Loyang 9" Special buttercream Selamat Hari Jadi untuk Najwa Nur Wahida ke 11 tahun
Image
Indulgence Cake Thxs to Aishah Aishah kata sedap sangat! nak bawa sekolah emak tak bagi.Datang sekolah pun mulut comot dengan ganache coklat.he he

Kenangan lama suami & pengalaman baru anak di Sek. Men. Teknik, Ipoh

Image
Tahun 2012 ini, selain anakku yang ketiga di tawarkan ke Sekolah Kluster iaitu Sek. Men. Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Anak ku yang kedua turut ditawarkan ke Sekolah Men. Teknik, Ipoh. Kami sekeluarga gembira terutama ibunya ini. Pengalaman sebagai suri rumah membesarkan mereka di depan mata, kadang-kadang buat airmata ini mengalir juga.Bersyukur sangat pada Allah swt yang telah memperkenankan doa kami berdua. Terima kasih juga kepada bonda Hajah Umi Kalthum serta ibu2 saudara yang turut bersolat hajat & berdoa memohon pada Allah mengabulkan doa kami. Semuga Mukhlis Zikri yang kini jauh dimata tetapi dekat dihati Ummi, menjadi anak yang soleh & berjaya di dunia & akhirat.Bila berjauhan dengan Ummi ingatlah pesanan yang diberi solat jangan ditinggal, mengaji AlQuran setiap lepas subuh & maghrib dan carilah sahabat2 di surau serta berjemaah bersama. Kejarlah dunia dengan belajar bersungguh-sungguh namun akhirat jua jangan dilupakan. Masa ini t...

Selamat Tahun Baru 2012

Image
Bismillahirahmanirahim, Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Bersyukur kehadrat Illahi yang telah mengizinkan kepada Ayu untuk berada diruang Annajwahomebakers.blogspot. Sudah sekian beberapa bulan sejak awal tahun, alhamdulillah barulah kini berkesempatan bernafas sikit kerana terlalu sibuk dengan tanggungjawab & amanah sebagai seorang ibu & isteri. Tahun baru 2012 memberikan inspirasi semangat untuk Ayu bersama sokongan suami tersayang memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak.Alhamdulillah pencapaian terbaik anak-anak dalam pelajaran mencetuskan satu perasaan kepuasan kepada kami berdua, walaupun ujian dalam membesarkan & mendidik mereka kadangkala mengugat kesabaran kami berdua namun nurani hati sebagai seorang ibu, Ayu percaya & yakin bahawa Allah akan membantu hambanya selagi hambanya tidak lupa padanyanya. Doa ibu itu mustajab itulah kata kunci yang selalu menguatkan Ayu untuk memberikan yang terbaik pada anak-anak. Anak yang ketiga Na...