Posts

Showing posts from February 13, 2011

Facebook Punca Cerai

Image
Bila tengok keratan akhbar di atas, rasa takut pun ada. Sekarang ini memang famous cerita pasal 'facebook' ini. Pergi kelas masak cerita pasal 'facebook', dengar ceramah agama pun ustaz sebut pasal 'facebook', di pasar malam pun cerita pasal 'facebook'. Untuk pertama kali ayu dengar nama 'facebook' bila sekembalinya kami suami isteri dari menunaikan haji pada 2009 lepas. Pada mulanya Ayu memang rasa terkilan bila mendapat tahu anak-anak semua dah ada masing-masing 'facebook'. Tak cukup dengan 'facebook' ada 'space' dan 'blog'. Canggih betul anak-anak Ayu ini. Emak & ayah mereka beribadah di depan Kaabah, tetapi mereka berteleku di depan komputer. Salah tafsiran Ayu yang memandang 'facebook' sebagai laman sosial yang tidak beretika telah diperbetulkan oleh suami bila beliau menerangkan kebaikan yang akan diperolehi dari 'facebook' ini. Suami mengingatkan sebagai 'parents, we should know wh...

Muffin Choc.dengan Hiasan Badam

Image
Sempena Majlis Maulidirasul di Sekolah Rendah Agama Abim, anakku Najwa Nur Jannah meminta aku mengadakan makanan ringan untuk sekolahnya.Katanya Ustazah suruh bawa wajib. Maka aku pun dengan hati yang ikhlas, walaupun penat sikit sebab baru sahaja menyiapkan samosa daging terus cari tepung, koko powder dan bahan-bahan lain....whisk !!! dah siap. Anak-anakku kecil-kecil ni berebut nak tolong sama. Nak tergelak pun ada bila tengok gelagat mereka ni. Biarkanlah....suruh mereka susun cup dalam tray letak adunan susun pula hirisan badam..sukanya mereka.Bila dah masak pandai pula nak panas!! Cerita lucu Nur Jannah bawa balik bila katanya sampai je di sekolah ummi, ustazah terus cakap terima kasih Jannah. Lepas tu semua Ustazah keliling kuih ni dah habis sekelip mata, budak2 datang tengok kat bekas kuih atas bawah 2 kali terbeliak biji mata tengok2 dah habis. Aku yang mendengar anak dara sorang ku ni bercerita sakit perut gelak besar. Aku pun tanya anak ku 'Ummi buat sedap ke'. Kata ...

Karipap Pusing Frozen

Image
Inilah antara gambar-gambar Kuih Karipap Pusing ayam Frozen

Kek Chiffon Pandan

Image
Kek Chiffon Pandan yang gebu!!!

Tempahan Maruku & Choc. Chips

Image
Ini adalah antaranya tempahan yang dibuat oleh sahabat ku Noraini untuk dipasarkan di Sek. Men. Agama Persekutuan, Kajang. 1 peket RM3.00 (berat 110gm) 1 peket (3/4 biji) RM1.00

Kelas Kuih Melayu Tradisional

Image
Alhamdulillah demi memenuhi tuntutan anak lelaki kesayangan Ayu ,Mukhlis Zikri maka untuk kali kedua telah pun menghadiri Kelas 'Kuih Melayu Tradisional' di Citra Klasik, Jalan Reko, Bangi bersama Kak Pau. Anak teruna Ayu ini suka sangat makan Apam bunga warna-warni termasuklah emaknya juga. Banyak tips dan petua yang Kak Pau kongsikan bersama. Sememangnya tak sama kalau kita salin resepi dan masak. Dibandingkan dengan menghadiri mana-mana kelas masakan. Bila dah menghadiri beberapa kelas masakan, Ayu lebih yakin dengan produk yang Ayu hasilkan dan penerimaan pelanggan pun mendapat pujian. Antara tips dari Kak Pau ialah zikrullah Subhanallah telah pun sebati pada dirinya. Setiap kali dia paipkan apam-apam tu setiap kali itulah perkata 'Subhanallah' dizikirkan bersama. Ayu setuju sangat. Tips dari Ayu untuk dikongsikan bersama sahabat di sini ialah ambillah wuduk sebelum memulakan sesuatu pekerjaan terutamanya memasak.Terus terang pengalaman dari sahabat terdahulu me...

Aktiviti membuat roti

Image
Ala-ala mexican roti memang sedap finish dengan cepatnya!! Roti hot dog ditengah2nya.Rembat anak ku rembat jangan tak rembat....habis Roti bun pandan inti kacang merah...panas memang laju keluar dari oven layanlah tengok gambar2 roti ini.Kalau mereka yang nak mencuba sila klik di http//www. periuktanah.blogspot. resepi oleh Puan Raihan memang menjadi.