Wednesday, June 16, 2010





NASI SERAI
Alhamdulillah pada 1 rejab, sebagai suri ku telah menyediakan masakan istimewa utk keluarga.Seronoknya bila mendapat pujian dari hubby, perut lapar pun jadi kenyang bila tengok cik abang makan dengan banyak.So atas permintaan sahabat tersayang yati, saya sediakan resepi.Yati jangan baca je resepi ni nanti saya datang rumah baru awak yang dah renovate tu saya nak awak masakkan untuk saya.Senang je kalau nak tahu sedap ke tidak, tanya je dengan cik abang tu.

Bahan-bahannya (utk 3 orang makan)
Serai gemok 4 batang
bawang india 2 biji
bawang putih 3 ulas
halia 3 cm
lengkuas 2 cm
(bhn ini diblend dan dibahagi 3 -kalau utk nasi saya ambil 2 senduk kecil, 3 sb utk masak daging hitam manis, lebihan nya diperapkan bersama ayam)
nasi
dalam 3 pot (sy guna cwn kecil) beras basmathi
1/2 butter (1/2 dari 25ogm)
daun pandan
2sdk kecil rempah yg diblend
letak butter, agak panas letakkan rempah tadi sampai kuning , masukkan nasi dan daun pandan
daging hitam manis
1/2 kilo daging dipotong kecil
kicap 3 sb
sos tiram 2sb
gula
garam
serbuk jintan manis 1 sb
serbuk jintan putih 1sb
perapkan semuanya termasuk rempah blend tadi, lagi lama perap lagi sedap.semalaman lagi bagus.
ayam goreng berempah
gaulkan bersama rempah blend tadi.garam sikit,tambah 2sb rempah kari.perap.digoreng bersama daun kari

0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com