Nasi Tomato dan Kari Kambing Istimewa
Hari ini Syawal 1o, oleh kerana hari ini Ahad dan cuti so Ayu plan nak masak istimewa untuk suami tersayang dan anak-anak. Kebetulan bulan syawal, mana tahu tetamu datang mengejut.Masakan istimewanya Nasi Tomato disulamkan dengan Kari Kambing (memang favourite hubby ku), ayam masak merah (kesukaan anak2) dan jelatah timun.
Resepinya :
Nasi Tomato
1/2 kg beras basmathi Faiza
5 biji tomato (blend)
tomato puree (tin kecil)
sedikit bawang merah, halia, bawang putih, bawang kuning (blend)
2 sudu besar minyak sapi gheeblend (pastikan halal)
kulit kayu manis, bunga lawang
cara
tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bhn yang diblend (bawang dulu sehingga kuning)
masukkan tomato (blend), tomato puree, beras dan air (agak2)
Kari Kambing Istimewa
6 potong besar kambing (dipotong kecil)
karot
kentang
kulit kayu manis, bunga lawang
bawang merah, bawang putih, halia (lagi banyak bawang lagi sedap)
kari baba's, kari adabi, kari alagappa, (peket kecil - campur macam nilah rahsianya sedapnya kari An Najwa Home Bakers - belajar dari cu karai)
Santan rm2
cara
Tumiskan bawang, bunga lawang, kulit kayu manis, daun kari sehingga naik bau dan kuning masukkan rempah kari (nak pedas letakkan serbuk lada)hingga garing dan naik minyak dan masukkan santan serta daging kambing hingga empuk dan lembut
Comments