Posts

Showing posts from March 18, 2012

Minggu Sedih

Image
Minggu ini rasanya kena panggil sebagai 'Minggu sedih'. Dua hari berturut-turut kehilangan seorang ayah angkat yang aku dan suami menjaga dan mengambil berat semasa kami menunaikan haji pada 2009 yang lepas. Pakcik Yusuf bin Seman kenangan kami disana dan sebagai ujian untuk kami. Teringat lagi, kami amat teruja bila dapat tahu kami dipilih oleh Allah sebagai tetamu. Suami melompat kesukaan bila niatnya untuk kesana sehingga tahun baru (islam) termakbul.Dianugerahkan selama 55 hari di sana adalah nikmat & kesyukuran untuk kami. Namun bila sampai di Madinah, setelah berkenalan dengan rakan sebilik. Kelihatan salah seorangnya ialah Makcik Rokiah, kecil molek orangnya sedang sibuk mencari beg yang baru sampai berseorangan. Aku kehairanan melihatnya bergerak pantas tanpa bantuan sesiapa. Rasa hairan tertanya-tanya mana suami makcik ini.Takkanlah orang tua ni sorang-sorang nak mengangkut beg yang lebih besar dari badannya. Dua beg pula tu. Fahamlah aku , bahawa suaminya tak...