Posts

Showing posts from November 3, 2013

Kerinduan yang tak mampu ku bendung

Image
Naluri aku sebagai ibu, sesekali datang menerpa ke fikiran akan wajah si kecil yang begitu ayu tidur dengan tersenyum.Kerinduan yang teramat sangat kerana waktu di tunjukkan wajah si kecil, operasi pembedahan masih lagi berjalan.Itu yang membuat aku begitu terkilan kerana tidak berpeluang untuk mencium pipi lembutnya apatah lagi untuk memegangnya Esok paginya , pada jam 9.30pg suami datang menziarahi aku, tika itu ubat penahan sakit bius pembedahan semalam belum hilang lagi, jadi aku belum lagi merasakan kesakitan.Senyuman suami penawar bagi ku, walaupun aku tau dihatinya terguris seperti aku, namun genangan airmatanya menceritakan hati si ayah pada ku isterinya.Suami memberitahu kejap lagi akan diambil jenazah si kecil untuk segera dikebumikan di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah kami.Aku kehairanan segera bertanya 'takkan abang datang seorang sahaja, nanti siapa yang nak memangku anak kita?".Suami ku segera menjawab"abang sengaja datang seorang supaya aban...

26 oct 2013 - Hari kelahiran anakku yang ketujuh

Image
Sebaik-baik perempuan adalah yang banyak keturunannya dan banyak kasih sayang pada suaminya - hadis Rasulullah saw   Sesuatu yang Allah pinjamkan pada kita buat seketika waktu, terimalah ia dengan hati yang redha kerana itu haknya mengambil kembali barang yang dipinjamnya itulah kata-kata suami untuk ku   Pergerakan bayi agak lemah pada pagi Sabtu 26hb. Okt 2013, aku mulai bimbang & timbul rasa takut. Aku mengadu pada suami, namun suami berkata insyaallah tak ada apa-apa, umi jangan bimbang nanti bp umi naik.Tetapi petang itu aku tak sedap hati segera mengajak suami ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi untuk cek nadi bayi.Sesampainya di sana, Dr melihat melalui scan ultrasound tak nampak nadi bayi.Hati ku berdebar-debar, sukar untuk menerima kenyataan. Aku tak menangis lagi namun bila suami menghampiri memandang wajahku, kami saling berpandangan mata, mulut membisu seribu bahasa. Suami memujuk terus pergi ke HUKM mungkin resultnya masih memberikan harapan....