Nasi Mandi Kambing
Setelah dua minggu cuti sekolah pun bermula. Maka terdetiklah irama ku sebagai Ibu rutin kerja macam biasa selepas solat subuh menyediakan sarapan pagi. Keroncong suara ku berbunyi nyaring macam selalu. Letihnya melihatkan perangai anak-anak yang liat nak bangun. Minggu ini aku akan bertambah sibuk nak menyiapkan sample biskut raya. Kalau ikutkan hati, malasnya rasa sebab dua orang akan periksa penting pada tahun ini. Namun bila memikirkan duit perlu juga apalagi dengan kos hidup semakin bertambah dan macam biasalah anak-anak ni bila Hari Raya dah dekat nanti macam-macam nak maka bermulalah kembali episod ku seperti tahun-tahun lepas. Rasanya nak siapkan 5 jenis kuih sahaja tahun ini, yang penting ku harapkan biarlah sedap dan ada ummphh!. Harga pula yang pening. Nak jual mahal tak sampai hati tapi barang-barang bakeri semua naik. Tahun Lepas mentega jenama 'buttercream" harganya RM3.70 (kalau beli kartonlah) tapi tahun RM4.85 mak oiiiii cekik darah. Customer nak biskut harga ...