Rendang Pedas Perak (Daging)




















Rendang Pedas ini kesukaan anak-anakku.Adikku kak ngah selalu puji katanya rendang yang aku masak sedap. Oleh kerana suka sangat masakan ku, kak ngah sanggup keluar duit belanja minta aku masakkan rendang ayam untuk 'open house' rumahnya hari raya aidil fitri baru-baru ini.Terima kasih, kak ngah tahun depan orderlah lagi dari yong ini, bolehlah simpan duit sikit-sikit hajat hati nak sangat buat umrah dengan kak ngah insyaallah. Yong doakan bisnes kak ngah akan lebih berjaya, dapat projek besar2.Bolehlah yong tumpang senang. Amin.


Bahan-bahannya


1 kg daging

15 ulas bawang kecil merah

2 titik serai

2 inci halia

2 inci lengkuas

2 biji kelapa (diambil santan)

3 sudu besar kerisik

1 helai daun kunyit

4 sudu besar cili boh


cara


Daging dipotong kecil


bawang merah, lengkuas, serai halia, cili boh diblender bersama hingga lumat


Sediakan kuali yang sederhana besar, masukkan daging dan semua bahan yang diblender.Masukkan santan dan sedikit kunyit (untuk dapatkan warna menarik pada rendang)


Masak hingga hampir pekat dan daging empuk.Tutupkan kuali supaya ia lebih menjimatkan masa dan gas.


Hampir pekat letakkan kerisik, daun kunyit, garam dan sedikit gula (ikut suka) biasanya ayu tambah sedikit gula merah (lagi ummph!!)


tips : kalau nak lagi lemak letakkan buah keras tapi hati-hati takut tercirit pula.



Untuk mereka yang tidak punya masa untuk masak order saja dengan saya


Rendang Daging untuk 1 kg - RM60


Rendang Ayam untuk 1 ekor - RM50



Comments

Unknown said…
Cmner nk order ya

Popular posts from this blog

Biskut Raya 2012