Posts

Showing posts from August 10, 2014

Tempahan biskut raya

Image
Alhamdulillah, tahun ini dapat tempahan yang boleh tahan jugalah. Bersyukur pada Allah swt atas kurniaannya. Perit jugalah bila buat kira-kira budget untuk sample & modal jualan. Harga barang semua naik. Naik bukan sikit-sikit , beza sampai rm10. Bila tengok pada rakan-rakan bakers ramai juga yang mengeluh, dalam internet pun tak ramai yang upload gambar kuih raya. Tetapi last minute cuba jugalah. Terpaksalah naikkan juga , nak buat camna bukan suka-suka hati, keadaan yang memaksa. En hubby perhati je, komen juga tengok harga biskut. Nak buat camna, kena kira juga kos penghantaran, kos minyak, komisen ejen.   Syukur juga pada peminat-peminat kek buah, ramai yang menempah. cuma gambar tak sempat nak muat turun dalam blog ini memandangkan terlalu sibuk.     Tempahan dari Komersial bank untuk jualan amal kakitangan

Tempahan Ramadan

Image
  karipap   sardin roll   apam puteri ayu   puff tuna     pizza   Alhamdulillah sempena bulan puasa , sempat juga buatkan makanan selepas solat trawikh untuk anak-anak di taman. Niat untuk menggembirakan budak-budak supaya mereka rajin dating mengimarahkan surau, walaupun mereka bising & bermain-main ketika solat tetapi tak apalah dengan cara ini mereka berjinak-jinak mendekatkan diri pada Allah swt. sama-samalah berdoa supaya mereka dewasa kelak dapat menjadi mukmin yang soleh & solehah.   Jzzk kepada Ibu-ibu Muslimat Taman Kasih yang menyumbang

Tempahan selepas raya

Image
Selamat Hari Raya tahun 2014   Kini syawal kembali setelah berpuasa selama sebulan. Paling menggemberikan anak-anak yang kecil,alhamdulillah mereka berpuasa penuh. Mengharungi layanan cetusan hati & perasaan mereka yang kelelahan mengharungi perit menahan lapar & dahaga kadang-kadang meruntun hati seorang ibu. Bersyukur sangat pada Allah swt, dikurniakan kesihatan & berbuat terbaik pada bulan Ramadan yang lalu.   Walaupun kepenatan yang teramat sangat menyiapkan tempahan biskut raya, namun kepuasan tak mampu terucapkan bila keuntungan yang diperolehi dapat dikongsi bersama orang yang tersayang serta mereka yang memerlukan. Memberi dengan hati yang benar-benar ikhlas, mendidik hati, jiwa & perasaan ikhlas & bersih kerana Allah swt. Perniagaan walau apa jua bidangnya , namun kalau tidak kuat, tabah, dalam mengharungi keperitan & kepenatannya bukanlah berniaga namanya. Dan berniaga ini bagi saya bukan sekadar menambah pendapatan &memmperoleh k...

Puff sardine

Image
Puff ini ada pelbagai inti ikut citarasa anda pilihan anda samada kari ayam, kari daging atau sardin