Anugerah seorang anak
Cuti sekolah kembali lagi.Bagaimana seorang ibu yang bijak perlu mengatur yang terbaik untuk anak-anaknya. Sebagai isteri aku wajib memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya. Sepertimana firman Allah iaitu : Ya Tuhan kami, anugerahkanlah untuk kami isteri-isteri dan anak keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. (QS. Al-Furqan: 75) Aku sebagai anak sendiri pun wajib untukku memikul tanggungjawab sebagai seorang anak kalimah doa inilah yang tidak pernah lekang dibibir ku setiap kali selepas solat dan terlintas dihati ku untuk ku hadiahkan kepada insan yang paling aku sayang. Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. Perkara ini telah ku ajukan pada suami tersayang, alhamdulillah suami ku menyokong apa yang ku lakukan untuk anak-anak. Telah ku tinjau program-program moti...