Posts

Showing posts from November 21, 2010

Biskut Suji Badam

Image
Alhamdulillah, semalam telah selamat menghantar order oleh Mak Mertua rakan baik & sebilik waktu di Mekah Puan Mariah. Makcik Solehah (ehh! samalah nama anak bongsu kita) order sebanyak 2500 biji biskut suji badam dan 150 biji coklat oreo edible image (gambar selamat pengantin baru).Tapi tak berhenti pula berdebar-debar nak menyiapkan tiga kek choc moist untuk tetamu pada hari perkahwinan 28hb.November 2010 nanti.


Antara biskut suji yang akan dihantar



Sebelum dibakar


Kalau berminat nak order sebagai doorgift @ makan sekeluarga

Harga

50 biji RM18

100 biji RM 35


Blueberry Cheese Tart

Image
Pastry

250gm butter (only used marjerin, cheese akan memuakkan, kalau pakai butter)
125gm icing sugar
1 egg
440g plain flour


Filling

250gm philadelphia cheese (brand ni saya yakin halal)
60 gm gula castor
20gm butter
1 egg

Blueberry jam

cara-cara

pukul butter & gula sehingga putih. letakkan telor. dah sebati letakkan tepong sikit2 sehingga tak lekat di besen.Ambil acuan, letakkan shortening (supaya tak melekat dibakar) baru letakkan pastry.

Bekas tart yang telah dibakar tadi disejukkan. Letakkan filing & blueberry jam sikit dibahagian atas, kemudian dibakar menggunakan api atas selama 15 minit. Hidangkan panas2 memang sedap sangat.Bekas tart atau 'shell' boleh dibuat banyak dan disimpan dalam freezer bila tetamu datang boleh dihidangkan panas2.


Kalau tak sempat nak buat boleh order dengan saya

Besar - 1 biji - RM 1.50

kecil - 50 biji - RM 35.00