Saturday, November 1, 2008

Ejen Diperlukan

Ejen-ejen diperlukan. Disekitar Kl & Selangor. Sekiranya berminat sila hubungi saya melalui telefon atau email.
Bunga Telur

Tempahan untuk bunga telur juga disediakan.Harganya tidaklah mahal lebihkurang rm1.80 ke rm2.50 bergantung kepada berat maruku dan bahan bungkusan yang diminta.

Tuesday, October 28, 2008

SENARAI PRODUK


MARUKU PEDAS

Rasanya asli, sedap dan pedas.
Permintaan maruku ini sangat tinggi.
Harga : 1 kilo - RM24.00

1/2 kilo - RM12.00
110gm- RM3.50







MARUKU BAWANG

Rasanya ada kelainan yang lain dari yang ada di pasaran
Ianya asli dan ada rasa bawang

Ramai pelanggan memuji keenakan dan turut mendapat permintaan yang banyak



Harga : 1 kilo - RM24.00

1/2 kilo - RM12.00

110gm - RM3.50






MARUKU ORIGINAL


Asli dan sedap


Ramai juga yang suka rasa asli ini.


Harga : 1 kilo - RM24.00


1/2kilo - RM12.00


110GM - RM3.50




KUIH SEPIT /KAPIT (LOVE LETTER)


50 keping - RM 10.00

100 keping - RM20.00










BISKUT TAT GULUNG NENAS

Permintaan tinggi bila musim perayaan.Ramai suka sebab sangat lembut. Bila dimasukkan dalam mulut nikmat terasa dengan manis jem yang dimasak sendiri.Kawan-kawan memang puji. Kata mereka sedap dan berbeza dengan biskut tat yang mereka makan sebelum ini.


Hasrat saya untuk mengetengahkan Biskut tat yang mengandungi jem yang halal dan asli.Inilah hasilnya, jem saya masak sendiri.Istimewa untuk mereka yang suka sangat biskut ini dan mementingkan kehalalan dan kesucian makanan.



HARGA TERMURAH DI PASARAN


55BIJI - RM25







CHOCOLATE CHIPS






55 biji - RM 23

Sunday, October 26, 2008

Mengapa Produk Makanan Islam Mahal..?

Ni satu pertanyaan yang selalu bermain di kepala sebelum menceburi dunia bisnes.

Biasanya kalau nak beli makanan buatan Islam, harganya mahal berbanding makanan yang tak tahu halal-haramnya. Tak percaya cari la snek biskut buatan Islam. Jauh beza harganya. Patutnya jika betul berniaga nak membantu masyarakat Islam, juallah harga yang murah barulah tak berkira untuk membelinya.

Kemudian, bila dah mula buat kuih sendiri, baru lah sedar. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh Umat Islam. Ekonomi kita masih dipegang oleh bukan Islam. Korporat Islam pula sibuk berniaga dalam bidang yang mudah memperolehi keuntungan.

Bila bahan mentah asas dipegang oleh bukan Muslim, maka peniaga kecil terpaksa mendapatkan bahan mentah dengan harga yang mahal. Jauh berbeza dengan pembuat biskut Khong Guan, Ping Pong dan entah apa-apa lagi pembuat makanan bukan Islam dimana mereka mendapatkan bahan mentah yang murah.

Jadi selagi tiada ahli korporat yang berani dan ikhlas melabur dalam perniagaan berasaskan makanan seperti bahan mentah, snek dan biskut, selagi itulah kita akan mendapati harga makanan Islam adalah mahal.

Namun, biarlah ianya mahal asalkan yang murah tapi tidak halal itu tidak menjadi darah daging kita.

Mengapa Bisnes Makanan ?

Dalam banyak-banyak peluang bisnes, saya memilih bisnes makanan. Mengapa yerr....??
Kalau dilihat dalam dunia globalisasi sekarang, berbagai bisnes boleh dilakukan. Ada yang buat MultiLevel, ada berniaga kain baju, ada berniaga insuran, ada berniaga froozen food. Macam-macam perniagaan dilakukan.

Berniaga makanan pula banyak pula pecahannya. Ada berniaga goreng pisang, berniaga nasi lemak, kuih-muih, tom yam...ishh...banyaknya makanan.

Lalu orang pun bertanya, mengapa kau pilih berniaga makanan macam ni ?. Maruku..??

Berniaga adalah cabang bidang muamalah yang berada dalam sistem Islam yang syumul. Tujuan muamalah adalah dapat membantu menyediakan keperluan kepada masyarakat. Selaras dengan Islam yang menjadi rahmatan lil alamin.

Mari kita lihat dan berbicara secara jujur, berapa banyak produk makanan keluaran muslim yang halal dan suci berada di pasaran. Bila kita berbelanja di Giant, Carrefour, Tesco dsbnya, perasaan ragu-ragu selalu timbul bila ingin membeli makanan seperti maruku, roti, snek dan biskut. Walhal itulah yang menjadi kunyahan kita setiap hari.

Makanan yang haram akan menyebabkan sukarnya hati kita mendekati Allah. Malah diancam oleh Rasulullah dengan sabdanya " Setiap yang haram tempatnya neraka".

Lantas saya berfikir, inilah sumbangan yang dapat dilakukan kepada masyarakat Islam.

Jadi, marilah kita turut serta menyediakan produk makanan yang benar-benar suci dan halal. Dan amanahlah kerana sabda Rasulullah " Peniaga yang amanah akan bersamaku di syurga".

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com