Posts

Showing posts from May 15, 2011

Hadiah Kek untuk guru-guru anak-anak ku

Image
'Selamat Hari Guru' ku ucapkan buat guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik sehingga kini pendidikan itu beralih ke anak-anak ku. Walaupun seketika dulu, pernah bercita-cita untuk turut menjadi pendidik. Namun cita-cita itu akhirnya tercapai jua, kerana akulah yang menjadi pendidik untuk anak-anak ku sejak mereka dilahirkan. kek choc. moist deco with buttercream

Kembara Meneroka Ilmu

Image
Hari Cuti Wesak adalah hari cuti Am. Suami mengajak Ayu dan anak-anak berjalan-jalan hari ini. Sebenarnya dah lama kami tak keluar, suami terlalu sibuk dengan kerjanya hinggakan di hari cuti pun dia diwajibkan bekerja. Walaupun kerjanya di bayar dengan duit kerja lebih masa, tapi tak sama dengan nilai duit dari kebahagiaan kami sekeluarga yang sentiasa bersama. Semenjak kebelakangan kami sekeluarga memang amat merindukan beliau.Pernah puteri ku yang sulung menitik airmata dinihari subuh apabila terpaling melihat wajah ayahnya sebab walaupun duduk serumah tapi tak berjumpa. Manataknya bila anak-anak dah tidur dia baru balik, bila anak-anak pergi sekolah kadang-kadang tak balik langsung. Ayu sebagai isteri hanya berupaya mendoakan suami sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu sepanjang pergi dan balik kerja. Biasanya kalau kami keluar sekeluarga, wajib bagi kami untuk pergi ke kedai buku antaranya MPH di Alamanda, Putrajaya atau POPULAR di Jaya Jusco, Balakong. Tetapi kini kami...