Perkahwinan adik ipar- adik suami yang bongsu (sukri mohd nordin)
Pada hari ini 14hb. Disember 2013 adalah hari Perkahwinan adik bongsu suami ku. Bermakna kenduri adalah terakhir untuk abah & emak meraikan perkahwinan anak-anaknya. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, semangat membantu adik beradik dan seronok bersama-sama bersua kembali saudara mara. Banyak perkara kami suami isteri belajar dari awal penyediaan sehinggalah hari kemuncak majlis tersebut. Walaupun belum masa lagi untuk kami menerima menantu, namun perbelanjaan untuk majlis ini menyebabkan kami kerap bersembang sebelum tidur bagaimanakah majlis perkahwinan anak-anak nanti dengan semua harga barang naik, tetamu-tetamu jemputan dan yang paling penting ialah majlis yang mendapat keberkatan daripada Allah swt Mula terfikir dan rasa takut pun akan jodoh anak-anak. Sebagai ibu sentiasa berusaha mendidik anak-anak dalam suasana yang Islamik serta taat pada perintah Allah dan Rasul. Namun bagaimana nanti dengan Imam yang akan memimpin mereka Namun sentiasa...