Saturday, September 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri ku ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekolah yang menghubungi diri ini samada melalui telefon dan juga facebook.Hari ini dah syawal yang ke 9 baru sempat nak upload kata-kata jelah kut sebab-sebab gambar tak sempat nak ambil very busy terlalu busy nak siapkan biskut-biskut yang diorder dan juga hamper.Alhamdulillah jualan di TM HQ di bangsar amat menggalakkan sehingga ada yang memberi peransang untuk aku membuat jualan lagi di sana tahun depan. Tak tahu nak cakaplah jualannya memang bagus untuk aku yang buat pertama kali ni boleh tahanlah juga tapi bila tolak dengan kos tapaknya rm500 untuk tapak dan gaji pekerja serta parking dan duit minyak kena fikir banyak kali juga.Tapi walaumacamanapun itulah satu caranya untuk memperkenalkan produk 'An najwa home bakers'. Sedikit sebanyak memang kena labur sedikit untuk promosi.Terima kasih juga ku ucapkan untuk suami tersayang yang boleh pandang tak pandang rumah yang macam kapal karam, layanan yang tak seberapa. Untuk bunda yang berpuasa di sini tetapi berhempas pulas membantu ku menyiapkan biskut makmur yang tak berhenti-henti mendapat order. Dan pada anak-anak ku yang sama-sama membantu.Nak buat camnakan tak tolong umi nanti tak dapat duit raya hi! hi!.

0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com