Tuesday, November 5, 2013

26 oct 2013 - Hari kelahiran anakku yang ketujuh


Sebaik-baik perempuan adalah yang banyak keturunannya dan banyak kasih sayang pada suaminya - hadis Rasulullah saw
 
Sesuatu yang Allah pinjamkan pada kita buat seketika waktu, terimalah ia dengan hati yang redha kerana itu haknya mengambil kembali barang yang dipinjamnya
itulah kata-kata suami untuk ku
 
Pergerakan bayi agak lemah pada pagi Sabtu 26hb. Okt 2013, aku mulai bimbang & timbul rasa takut. Aku mengadu pada suami, namun suami berkata insyaallah tak ada apa-apa, umi jangan bimbang nanti bp umi naik.Tetapi petang itu aku tak sedap hati segera mengajak suami ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi untuk cek nadi bayi.Sesampainya di sana, Dr melihat melalui scan ultrasound tak nampak nadi bayi.Hati ku berdebar-debar, sukar untuk menerima kenyataan. Aku tak menangis lagi namun bila suami menghampiri memandang wajahku, kami saling berpandangan mata, mulut membisu seribu bahasa. Suami memujuk terus pergi ke HUKM mungkin resultnya masih memberikan harapan. Sesampainya aku di sana waktu maghrib, aku mula menangis & dapat rasakan aku telah pun kehilangan anak ini, mohon untuk solat maghrib aku dapat rasakan bayi ini turun ke bawah rasa berat seolah-olah tiba masa untuk dikeluarkan.Aku sembahyang dengan berlinang airmata minta Allah permudahkan urusan ini, sekiranya bayi ini telah diambil maka aku redha dengan pemergiannya. Bila dibuat Scanultrasound sekali lagi, confirm anak ku telah pun meninggal dalam perut. Innalillahiwainalahirojiun.
Malam itu juga aku telah disorong ke HDU (unit kecemasan), jam 12 malam terus masuk ke bilik pembedahan kerana keadaaan anak yang melintang kerana baru masuk 34 minggu dan keadaan bp ku yang agak tinggi kerana tertekan kehilangan anak. Jam 3 pagi, operasi pembedahan alhamdulillah berjalan lancar. Banyak kemungkinan yang dibimbangkan oleh Dr, antaranya takut terlekat plancenta/uri, tumpah darah sebab sebelum ini melahirkan anak yang banyak, cyst takut ianya kanser.Tapi Alhamdulillah , Allah permudahkan.2 pain darah pun turut disediakan pada malam itu takut sebarang kemungkinan. Akhirnya setelah pembedahan Dr memberitahu suami plancenta ok, cyst pun ketumbuhan biasa.
Waktu pembedahan itu, Misi tunjukkan bayi ku subhanallah, cantiknya hidung mancung, bulu mata melentik. Anakku bukan comel tapi cantik. Dia penghuni syurga, Allah pilih dia sebab tu dia cantik.

0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com