Friday, November 8, 2013

Kerinduan yang tak mampu ku bendung


Naluri aku sebagai ibu, sesekali datang menerpa ke fikiran akan wajah si kecil yang begitu ayu tidur dengan tersenyum.Kerinduan yang teramat sangat kerana waktu di tunjukkan wajah si kecil, operasi pembedahan masih lagi berjalan.Itu yang membuat aku begitu terkilan kerana tidak berpeluang untuk mencium pipi lembutnya apatah lagi untuk memegangnya Esok paginya , pada jam 9.30pg suami datang menziarahi aku, tika itu ubat penahan sakit bius pembedahan semalam belum hilang lagi, jadi aku belum lagi merasakan kesakitan.Senyuman suami penawar bagi ku, walaupun aku tau dihatinya terguris seperti aku, namun genangan airmatanya menceritakan hati si ayah pada ku isterinya.Suami memberitahu kejap lagi akan diambil jenazah si kecil untuk segera dikebumikan di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah kami.Aku kehairanan segera bertanya 'takkan abang datang seorang sahaja, nanti siapa yang nak memangku anak kita?".Suami ku segera menjawab"abang sengaja datang seorang supaya abang dapat berdua sahaja dengan anak abang dan bersembang dengan dia".Aku terkedu  dan segera tersenyum.Hati berkata "itulah kata hati sebenarnya untuk anaknya yang telah meninggalkannya.

Alhamdulillah selepas sahaja solat zohor si kecil telah selamat dikebumikan, ayahnya yang memandikan,mengkapankan ,menjadi Imam solat jenazah buat pertama kali untuk puterinya dan mengkebumikan. Aku bersyukur sangat kerana ramai tetangga yang datang membantu, ramai tetamu yang datang dan ramai yang datang solat untuknya. Itulah bahagiannya, penghuni syurga.

Dan sebagai hamba Allah yang diuji maka aku perlu beringat kepada firman Allah SWT

'Tidak ada seorang hamba pun yang terkena musibah lalu berpegang pada ku, kecuali Aku akan memberinya sebelum ia minta kepada ku dan Aku akan mengabulkannya sebelum ia berdoa kepada ku. Dan tidak ada seorang hamba pun yang terkena musibah lalu bergantung kpeada makhluk selain Aku, kecualli Aku tutup pintu-pintu langit baginya:"

0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com