Kelas Kuih Melayu Tradisional

Alhamdulillah demi memenuhi tuntutan anak lelaki kesayangan Ayu ,Mukhlis Zikri maka untuk kali kedua telah pun menghadiri Kelas 'Kuih Melayu Tradisional' di Citra Klasik, Jalan Reko, Bangi bersama Kak Pau. Anak teruna Ayu ini suka sangat makan Apam bunga warna-warni termasuklah emaknya juga. Banyak tips dan petua yang Kak Pau kongsikan bersama. Sememangnya tak sama kalau kita salin resepi dan masak. Dibandingkan dengan menghadiri mana-mana kelas masakan.

Bila dah menghadiri beberapa kelas masakan, Ayu lebih yakin dengan produk yang Ayu hasilkan dan penerimaan pelanggan pun mendapat pujian.

Antara tips dari Kak Pau ialah zikrullah Subhanallah telah pun sebati pada dirinya. Setiap kali dia paipkan apam-apam tu setiap kali itulah perkata 'Subhanallah' dizikirkan bersama. Ayu setuju sangat. Tips dari Ayu untuk dikongsikan bersama sahabat di sini ialah ambillah wuduk sebelum memulakan sesuatu pekerjaan terutamanya memasak.Terus terang pengalaman dari sahabat terdahulu mereka dapat merasakan bahawa biskut-biskut & kuih muih yang dihasilkan cantik, gebu dan sedap dimakan.Yang pasti niat ikhlas kerana Allah s.w.t. bukan sebab nak untung...


Antara student yang attend




Apam bunga warna-warni


satu biji rm0.40 (minimum order 50 biji)



Apam pandan

Satu biji - rm0.40 (min order 50 biji)



Puding Roti Sos Kastad

1 Tray 10'x 10' - RM25





Kuih Bakar Bijan Pandan dan Kuih Bakar Bijan Jagung

satu biji - RM4.00




Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Aidil Adha 2010

Oreo Cheese Cake