Thursday, June 20, 2013

Choc Mousse Cake



Setelah sekian lama menyepi, tiba-tiba di fb kelihatan pesanan di 'inbox' ku, alhamdulillah berjumpa bertaut kembali silaturahim persahabatan kami antara ku dengan Che Nor (Tokeh Katering,Bandar Hussein Onn, Cheras). Kami sahabat yang mempunyai minat yang sama iaitu 'memasak' & berniaga. Che Nor berasal dari Kelantan ini sejak sekolah lagi berniaga kuih-muih membantu Ibunya, maka tak hairanlah kini beliau berjaya dengan bisnes makannya itu. Rasa kagum padanya membesarkan anak-anak seramai lapan orang tidak menjadi alasanya untuk berjaya,, dan kini katanya alhamdulillah anak-anak sudah remaja banyak membantunya di rumah. Kerja-kerjanya lagi mudah apatah lagi berniaga...itulah rezeki anak ramai, bila kecil-kecil nampak berderet-deret, kadang-kadang ada juga kata-kata sinis namun macam diri ku sekarang inilah boleh dikatakan enam nak masuk tujuh orang ini dalam zaman sekarang orang kata ramai. Tetapi kini dapat juga ku rasakan kesenangan bila ada anak-anak yang sudah boleh membantu kerja-kerja di rumah.

Jzzk Che Nor
Semuga bertambah rezeki awak ya.
Kek untuk salah seorang anak terunanya

0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com