Thursday, June 20, 2013

Ramadhan 1434 /2013 M akan berkunjung lagi

Di usia ku yang menjangkau ke 44 tahun kini, mudah-mudahan Allah mempertemukan aku dengan bulan Ramadan 1434H. Bersyukur sangat pada Allah swt kerana dikurniakan suami yang soleh yang sentiasa mengingatkan aku dalam apa jua perkara lebih-lebih lagi hubungan dengan Allah, anak-anak yang sentiasa ceria & sihat, walaupun kadang menguji ku dengan perangai keanak-anakkan mereka.Dan insyaallah sekiranya diizinkan Allah pada hujung bulan Disember akan dikurniakan 'baby' baru. Hasil dari solat hajat & doa anak-anak.Ish2! sampai solat hajat mereka ini punya nak adik baru, sampai siap pesan si Najwa Nur Hajidah pada sahabat baiknya yang menunaikan umrah pada cuti sekolah baru-baru ini disuruh mendoakan dapat adik lelaki.

'Ter mengandung' di usia begini banyak menguji ku erti kesabaran, kesakitan, kelelahan, keletihan.Allahlah tempat ku mengadu. Namun alhamdulillah, masuk bulan ketiga ini rasa mabuk-mabuk dah berkurangan. Aku dah boleh masak dan bau yang sebelum ini semua ku katakan busuk.

Namun sekali lagi diuji bila di 'scan' , Dr mendapati ada 'cyst'di bahagian telur belah kiri. Besarnya 5.5cm. (besar juga tu kata Dr).Dalam kereta aku menangis teresak-esak mengadu pada suami, bukan tak redha tetapi takut nak kena 'operate'. Dr kata kalau ianya membesar mungkin masuk ke bulan empat kandungan 'cyst' perlu dibuang supaya tidak menganggu tumbesaran bayi. Dr beri masa lagi dua minggu untuk temujanji bagi melihat perkembangan 'cyst' tersebut.

Suami & emak memujuk aku supaya bersabar & menasihatkan aku rajin bangun malam untuk mendekatkan diri lagi pada Allah. Suami kata mungkin ini adalah terbaik untuk ku muhasabah diri & mendekatkan diri pada nya. Semuga Allah memperkenankan doa ku dengan mengecutkan 'syst' ini dan anak yang ku kandung ini dapat selamat sehingga ianya dilahirkan.

Untuk merehatkan minda & menenang kan jiwa ini, aku kini bila badan sihat je berjam-jam duduk dihalaman luar memerhatikan kehijauan pokok-pokok buah-buahan yang suami tanam & membelai bunga-bunga ku. Orang kata kalau kita tengok hijau-hijau ini ubat sakit.










0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com