Thursday, May 26, 2011

Cupcakes

Perisa Vanilla


Buttercream




Perisa Chocolate Moist


ganache


buttercream


Di kejauhan nun disana bunyi cengkerik bersahutan, hati tenang merindui bau dan suasana sejuk dingin malam sebegini. Teringat kembali ketika aku, di bidai tingkap di kampung memerhati gerimis hujan yang perlahan-lahan menitik di tanah. Terdapat lekukan kecil dari kesan hujan itu. Indahnya ciptaan Allah. Bau air hujan dibawa oleh angin ku hidu dengan nyamannya. Terima kasih ku pada mu ya Allah kerna memberikan rasa hebat ini yang barangkali ada diantara hamba mu yang tidak mampu menikmatinya. Kelopak mata merembeskan perlahan titik air mata. Aku benar bersyukur.




Malam yang tenang, kadangkala zikrulullah yang menyinggap di hati ini ku tasmikkan di bibir sambil tangan menari-nari membuat lenggokan bunga ros ku. Sunyi tanpa bunyi anak-anak yang telah pun tidur keletihan. Senyuman tiba-tiba terukir, mengingati keletahan anak-anak yang teruja memerhatikan aku mengukir bunga ros tadi. Barangkali sudah puas menengok mereka tidur bersama-sama yang lain di ruang tamu.



Shima Nor Intan


Inilah hasil nukilan 'cupcake' ku buat mu


Akhirnya setelah 25 tahun kita berjumpa kembali


0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com