Tempahan biskut raya

Alhamdulillah, tahun ini dapat tempahan yang boleh tahan jugalah. Bersyukur pada Allah swt atas kurniaannya. Perit jugalah bila buat kira-kira budget untuk sample & modal jualan. Harga barang semua naik. Naik bukan sikit-sikit , beza sampai rm10. Bila tengok pada rakan-rakan bakers ramai juga yang mengeluh, dalam internet pun tak ramai yang upload gambar kuih raya. Tetapi last minute cuba jugalah. Terpaksalah naikkan juga , nak buat camna bukan suka-suka hati, keadaan yang memaksa. En hubby perhati je, komen juga tengok harga biskut. Nak buat camna, kena kira juga kos penghantaran, kos minyak, komisen ejen.
 
Syukur juga pada peminat-peminat kek buah, ramai yang menempah. cuma gambar tak sempat nak muat turun dalam blog ini memandangkan terlalu sibuk.
 
 
Tempahan dari Komersial bank untuk jualan amal kakitangan

Comments

Popular posts from this blog

Kelas Kuih Melayu Tradisional

Rendang Pedas Perak (Daging)