Ramadan kini bakal kembali
Bismillahirahmanirahim
Kini Ramadan bakal kembali untuk tahun ini 2014,masa berlalu kian pantas...usia meniti hari.Kisah yang dulu datang bertaut di ingatan ku. Sesungguhnya nostalgia ramadan pelbagai cerita mengusik hati & perasaan.Ada yang lucu & sedih.Namun yang pasti sebagai ibu yang kini bermula episod rindu-rinduan dengan anak-anak yang jauh di mata.Najwa Nurzakirah gadis periang,aktif & kadang2 ku rasa gedik akan buat pertama kali kami tidak menyambut ramadan bersama kerana kini berada di mesir menuntut ilmu di sana.cetusan hatinya di blognya rasa rindu pada adik2 & takut tidak begitu kuat menghadapi kekuatan rasa sedih sebab rakan2nya satu 'batch'dgnnya kebanyakannnya balik bercuti selama tiga bulan.Semuga anak umi kuat & bersabar penuhilah masa dengan bertalaqi &menghadiri kuliah2 agama di sana.
Untuk Mukhlis Zikri anak umi yang kedua,tahniah diucapkan kerana tercapai cita-cita untuk meneruskan pelajaran bidangyang diminati iaitu Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
Comments