MAKARONI BAKAR
Bismillahirahminirahim
Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat blogger atau fb yang mungkin mengikuti saya (perasanlah kut!). Sejak menempuhi peristiwa sedih kehilangan anak bongsu baru-baru dan kini alhamdulillah saya telah pun selamat menempuhi alam berpantang tanpa ada 'baby' di sisi. Rasa takut pun ada, takut perasaan saya akan bergelodak dengan perasaan sedih yang teramat sangat namun suami sentiasa memberi sokongan & mengingatkan ujian Allah yang perlu dihadapi dengan redha & mengingatkan diri ini bahawa kadang-kala kita memikirkan sesuatu yang berlaku pada diri tidak baik tetapi sebenar-benarnya Allah beri itu adalah yang terbaik.
Kadang-kadang termenung juga di tingkap, memerhatikan kejadian Allah hati lebih suka memikirkan hubungan manusia dengan Allah dan bagaimana menjadi hamba allah yang solehah di muka buminya ini.
Oleh itu saya berhasrat untuk menjadikan 'blog' ini sebagai cetusan isihati dalam bab kerohanian supaya dapat menjadi kenangan di hari tua untuk di kongsikan pada cucu-cucu.
'Makaroni Bakar' merupakan makanan istimewa dan pilihan anak-anak. Sempena cuti Taipusam ini mereka yang tinggal di asrama pulang bercuti, maka hati Ibu teruja menyediakan makanan istimewa untuk mereka.
Seronok memerhatikan mereka menikmati 'makaroni bakar' panas-panas. Kasih sayang & zikrullah adalah air tangan pengikat kasih sayang dari si ibu untuk anak-anaknya.Selawat & salam kepada Junjungan Nabi Muhammad saw sentiasa di bibir supaya anak-anak sentiasa mengingati Allah akan perbuatannya & merindui Nabi Muhammad saw.
Bahan-bahannya
1 bungkus makaroni (500gm)
3 sb minyak jagung/zaiton
500gm ayam di potong kecil /cincang (Ramli brand)
3sb cili kering yang telah diblend (ikut nak kepedasan masing2)
Bawang kuning 2 labu
Bawang putih 5 ulas
Pes tomato puree 1 tin kecil
4sb sos cili
4sb sos tomato
2sb sos tiram
1sb serbuk thyme
1 keping daun bay
2sb oregano
2sb lada hitam
2sb lada sulah
mozarella cheese 250gm
telor 10 biji
Cara-caranya
Rebuskan makaroni sehingga lembut.Letakkan ketepi.
Panaskan minyak zaitun
tumiskan bawang merah & bawang putih yang telah dipotong dadu sehingga kekuningan.
Masukkan cili kering yang telah diblend. goreng sehingga naik minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram & tomato puree.
Digaul sama rata kemudian dimasukan thyme, oregano, daun bay, lada hitam, lada sulah dan ayam.
Pastikan ayam tadi betul2 masak barulah dimasukkan makaroni yang telah direbus.
Gaul dengan sudit sehingga rata & sebati. Angkat &letakkan di dalam mangkuk kaca yang boleh tahan panas kerana makaroni tadi akan diletakan didalam oven setelah diratakan cantik.
Tetapi sebelum dimasukkan ke dalam oven, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dan kesemua telur tadi dipecahkan & dimasukkan ke dalam satu mangkuk kemudian di tuangkan rata ke atas makaroni itu. Setelah dimasukkan telor, letakan bahagian atas telor, cheese yang telah disagat halus.
Selamat mencuba....anak2 pasti suka sangat!
Kalau nak tempah boleh hubungi saya
MARSIAH HASHIM
sms/whatsapp 0178832497
no. tel. rumah 0387365742
Comments