Donation untuk Pembinaan Surau baru Taman Kasih

Hati berkobar-kobar dan bersemangat malam ini. Baru balik dari mesyuarat ajk muslimat (kaum ibu) di Taman Kasih, Sg. Sekamat, Kajang. Kami bersemangat untuk mengumpulkan dana bagi memperbaiki dan membaik pulih surau An Nur Taman Kasih agar dapat diperbesarkan dan lebih selesa untuk solat berjemaah. Maalumlah bila dah masuk 9 tahun kami bermastautin di sini bermakna anak-anak yang dulu dilahirkan di sini dah masuk gadis sunti manakala yang sunti dah mula remaja, surau pula masih lama sedangkan anak-anak makin membesar. Bulan puasa baru-barulah yang terasa sangat....kesesakannya.

Fikir masak-masak ayu ingat nak buat kelas masak kat rumah lah. Sebahagian duit yuran ingat nak masuk dalam dana surau.Siapalah yang sudi nak belajar dengan Ayu ini. ramai juga kawan yang bertanya sebelum ini tapi rasa malu dan seganlah pula...maklumlah dapur tak  besar mana pun. Tetapi bila memikirkan nak masuk syurga juga dialu-alukan sesiapa yang sudi calling2 Ayu tau. Nanti malam ini nak buat solat hajat minta Allah permudahkan. Amin. tunggu ya jadualnya nanti.

Boleh lihat info surau ini di facebook Surau annur Taman Kasih. Kalau sesiapa nak beri sumbangan boleh hubungi Mohd Tarmizi bin Mohd Nordin

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Aidil Adha 2010

Oreo Cheese Cake