Sunday, September 16, 2012

Fruits Tarts





Istimewa sempena majlis Jamuan Hari Raya untuk anakku Najwa Nur Jannah binti Mohd
Tarmizi. Nur Jannah ini special skill dia tak kisah dan tak merungut apa jua makanan yang akan ku sediakan. Apa pun umi masak semuanya sedap...katanya. Tapi kali ini dia berkata juga ada ke kawan2 Jannah nak makan umi sebab mereka tak pernah tengok makanan macam ini. Manataknya ibu-ibu mereka biasanya bawakan makanan harian yang mudah dimasak seperti meehon goreng, mee goreng atau paling tidak kalau ibu yang bekerja mereka tak sempat beli je kuih-muih kat kedai2 nasi lemak tepi jalan.

Aku tersenyum & tertawa untuk meredakan keresahan hatinya. Tak apa insyaallah pasti sekejap je habis...Nur Jannah bawakan lain dari yang lain.Alhamdulillah...balik Nur Jannah beritahu semuanya licin dan yang paling banyak makan ialah ustaz dan ustazah. Ustazah siap tanya siapa yang bawa...bila dapat tahu Ustazah Yati puji emak kamu masak semuanya sedap-sedap.Jzzk ustazah yati.


Tart Buah-buahan

filling - fresh cream

topping- buah naga & buah peach

50 pcs

RM 40

0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com