Saturday, September 8, 2012

Biskut Raya 2012-part 2







Antara tempahan-tempahan oleh sahabat-sahabat dan pelanggan. Hanya sempat snap beberapa gambar sahaja kerana terlalu sibuk mengejar masa untuk disiapkan. Maid pula di saat-saat akhir buat perangai buat part time kerja mengemas di rumah orang sebab ditawarkan gaji yang lebih mahal mengikut masa. Padahal perjanjian telah pun dibuat dengan gaji dipersetujui sejak beliau kerja dua bulan yang lepas. Dugaannya Allah saja yang tahu. Tapi tak apalah pengajaran untuk tahun akan datang dan rakan-rakan bakers kalau nak ambil maid sementara ini macam saya ini lebih berhati-hati dan berjanji betul-betul untuk mengelakkan perkara ini terjadi. Agaknya patutlah setengah majikan tidak mahu terlalu berlembut dan baik dengan bibik, sebab bila terlalu baik mereka tidak menghormati dan telus bekerja dengan kita. Bayangkanlah kalau projek biskut raya terus berkembang pada masa akan datang dan perlu mengambil mereka untuk membantu kita, tetapi disaat-saat kritikal date line semakin hampir sepuluh orang bekerja tetapi sepuluh2 buat perangai cam ni. Hussh! terduduk teman...proper plan next year insyaallah.


Terima kasih di ucapkan kepada sahabat dan sedara mara yang tolong promotekan.

Hanya Allah yang membalas budi baik kome.

Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin atas segala


Kepada anakda


Najwa Nurzakirah

Najwa Nur Hajidah

Najwa Nur Wahida

Najwa Nur Jannah

Najwa Nur Solehah


Terima kasih tolong Umi


Kepada suami tercinta


Mohd Tarmizi bin Mohd Nordin


Terima kasih memahami diri ini,maaf diatas kekurangan layanan di bulan ramadan


0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com