Percutian di Golden Palm Tree, Sepang
Dalam bilik
Anak-anak happy sangat
Katilnya empuk sangat
Posing si bongsu
Main tepi pantai...tetapi banyak obor-obor tak boleh mandi
Masing-masing happy sangat main dengan air laut
Anak ketam
Pemandangan kat sinilah yang paling best
Bahagian depan...sebagai kenangan bersama anak-anak
Alhamdulillah pernah dulu menyuarakan pada adik teringin sangat nak bercuti di Golden Palm Tree, Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Adik beritahu tempat tu mahal. Namun tiba-tiba selepas tiga bulan bercerita adik telefon mengejut ajak datang suruh bawa anak-anak sebab kebetulan ada kerjanya di sana dan salah seorang panel tak hadir dan ada kekosongan. Rasa macam tak percaya pula. Puaslah pujuk En. Hubby dah alhamdulillah dia setuju apalagi kami anak-beranak bergegaslah pergi dengan rasa gembira sangat.
Cantik dan Indahnya pemandangan di sana dengan servis yang tip-top oleh staf di sana. Memang patutlah harganya. Kata adik bilik yang kami duduk ni semalam RM500. Wow! alhamdulillah sangat....
Comments