Minggu Sedih



Minggu ini rasanya kena panggil sebagai 'Minggu sedih'. Dua hari berturut-turut kehilangan seorang ayah angkat yang aku dan suami menjaga dan mengambil berat semasa kami menunaikan haji pada 2009 yang lepas. Pakcik Yusuf bin Seman kenangan kami disana dan sebagai ujian untuk kami. Teringat lagi, kami amat teruja bila dapat tahu kami dipilih oleh Allah sebagai tetamu. Suami melompat kesukaan bila niatnya untuk kesana sehingga tahun baru (islam) termakbul.Dianugerahkan selama 55 hari di sana adalah nikmat & kesyukuran untuk kami. Namun bila sampai di Madinah, setelah berkenalan dengan rakan sebilik. Kelihatan salah seorangnya ialah Makcik Rokiah, kecil molek orangnya sedang sibuk mencari beg yang baru sampai berseorangan. Aku kehairanan melihatnya bergerak pantas tanpa bantuan sesiapa. Rasa hairan tertanya-tanya mana suami makcik ini.Takkanlah orang tua ni sorang-sorang nak mengangkut beg yang lebih besar dari badannya. Dua beg pula tu. Fahamlah aku , bahawa suaminya tak sihat. Aku terus berkata dalam hati inilah ujian pertama dari Allah untuk ku. Sejak itulah bermula episod kami berdua bila Allah memberi kami disana seorang Isteri yang bertanggungjawab, penyabar dan penuh kasih sayang menjaga suaminya dan seorang suami yang sakit tiada upaya berpunca dari jatuh di kampung namun tetap jua berhasrat menyempurnakan panggilan Hajinya akhirnya dapat jua melakukan yang terbaik sebagai tetamu Allah.Amat banyak kami suami isteri belajar dari mereka. Tambahan pula aku sebagai isteri terlalu mahal ilmu yang diberi tunjuk ajar oleh Makcik Rokiah untuk menunaikan sesempurna yang mungkin tanggungjawab sebagai seorang isteri. Setelah kembali dari menunaikan haji, beliaulah yang setia memandikan, mangambilkan wuduk, memimpin ke bilik air, menyuapkan makanan. Kini suaminya telah tiada. Mungkin kepenatan dalam menjaga suami itu akan hilang, namun kasih sayang isteri sampai bila-bila tidak pernah padam.

Seorang lagi sahabat ialah Makcik Normal rakan baik bersama AIM.Makcik Normal menghembuskan nafas terakhirnya akibat kanser hati pada usia 68tahun. Arwah terlalu istimewa bagi ku dan banyak perkara yang aku pelajari dari beliau. Sama jua seperti Makcik Rokiah, Makcik Normal juga seorang yang sangat taat pada suami, bertanggungjawab dalam sama-sama mencari nafkah dengan berniaga macam-macam antara putu piring, muffin dan katering kecil-kecillan. Beliau seorang yang tabah dalam meniti hujung usianya dengan menjalani kemoterapi tidak pernah mengeluh atau menceritakan sakitnya pada ku.


Semuga Pakcik Yusuf bin Seman dan Makcik Normal ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Aidil Adha 2010

Oreo Cheese Cake