Selamat Tahun Baru 2012
Bismillahirahmanirahim, Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Bersyukur kehadrat Illahi yang telah mengizinkan kepada Ayu untuk berada diruang Annajwahomebakers.blogspot. Sudah sekian beberapa bulan sejak awal tahun, alhamdulillah barulah kini berkesempatan bernafas sikit kerana terlalu sibuk dengan tanggungjawab & amanah sebagai seorang ibu & isteri. Tahun baru 2012 memberikan inspirasi semangat untuk Ayu bersama sokongan suami tersayang memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak.Alhamdulillah pencapaian terbaik anak-anak dalam pelajaran mencetuskan satu perasaan kepuasan kepada kami berdua, walaupun ujian dalam membesarkan & mendidik mereka kadangkala mengugat kesabaran kami berdua namun nurani hati sebagai seorang ibu, Ayu percaya & yakin bahawa Allah akan membantu hambanya selagi hambanya tidak lupa padanyanya. Doa ibu itu mustajab itulah kata kunci yang selalu menguatkan Ayu untuk memberikan yang terbaik pada anak-anak. Anak yang ketiga Najwa Nur Hajidah binti Mohd Tarmizi memperolehi 5A dalam ujian UPSRnya yang lepas. Alhamdulillah ditawarkan ke Maahad Hamidiah, Sg. Ramal, Kajang. Sekolah tersebut adalah antara 3 sekolah terbaik di Selangor kata Pengetua yang memberikan taklimat waktu pendaftaran lepas. Alhamdulillah bersyukur teramat sangat. Semuga Hajidah dikurniakan kebijaksanaan & sentiasa mencipta kejayaan
Comments