Kenangan lama suami & pengalaman baru anak di Sek. Men. Teknik, Ipoh

Tahun 2012 ini, selain anakku yang ketiga di tawarkan ke Sekolah Kluster iaitu Sek. Men. Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Anak ku yang kedua turut ditawarkan ke Sekolah Men. Teknik, Ipoh. Kami sekeluarga gembira terutama ibunya ini. Pengalaman sebagai suri rumah membesarkan mereka di depan mata, kadang-kadang buat airmata ini mengalir juga.Bersyukur sangat pada Allah swt yang telah memperkenankan doa kami berdua. Terima kasih juga kepada bonda Hajah Umi Kalthum serta ibu2 saudara yang turut bersolat hajat & berdoa memohon pada Allah mengabulkan doa kami.


Semuga Mukhlis Zikri yang kini jauh dimata tetapi dekat dihati Ummi, menjadi anak yang soleh & berjaya di dunia & akhirat.Bila berjauhan dengan Ummi ingatlah pesanan yang diberi solat jangan ditinggal, mengaji AlQuran setiap lepas subuh & maghrib dan carilah sahabat2 di surau serta berjemaah bersama. Kejarlah dunia dengan belajar bersungguh-sungguh namun akhirat jua jangan dilupakan.


Masa ini tengah sibuk cari baju & seluar barunya

Kenangan adik-adik bersama abang (tak bestlah abang tak ada nanti!-Jannah cakap)


Ditempat perhimpunan


Najwa Nur Solehah-bab2 posing ini memang bagi kat dia

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012