Saturday, February 19, 2011

Facebook Punca Cerai

Bila tengok keratan akhbar di atas, rasa takut pun ada. Sekarang ini memang famous cerita pasal 'facebook' ini. Pergi kelas masak cerita pasal 'facebook', dengar ceramah agama pun ustaz sebut pasal 'facebook', di pasar malam pun cerita pasal 'facebook'. Untuk pertama kali ayu dengar nama 'facebook' bila sekembalinya kami suami isteri dari menunaikan haji pada 2009 lepas. Pada mulanya Ayu memang rasa terkilan bila mendapat tahu anak-anak semua dah ada masing-masing 'facebook'. Tak cukup dengan 'facebook' ada 'space' dan 'blog'. Canggih betul anak-anak Ayu ini. Emak & ayah mereka beribadah di depan Kaabah, tetapi mereka berteleku di depan komputer.

Salah tafsiran Ayu yang memandang 'facebook' sebagai laman sosial yang tidak beretika telah diperbetulkan oleh suami bila beliau menerangkan kebaikan yang akan diperolehi dari 'facebook' ini. Suami mengingatkan sebagai 'parents, we should know what our children like and do, so at least kita tak tertinggal di belakang dan kena tipu dengan anak2. So sejak hari itu dengan berat hati suami yang buatkan 'facebook' Ayu, ajar serba sedikit. Tapi yang banyak bantu ini anak2, mereka ini over exposed dan tahu serba serbi tentang IT.

Hingga ke hari ini, Ayu positif dengan 'facebook' sebagai sebagai usahawan banyak kebaikanya. Tempahan Ayu pun semakin bertambah & tips2 memasak boleh berkongsi dengan rakan2 'facebook'.

Namun dihati kecil ini, Ayu merasa terkilan juga dengan sebahagian wanita yang mudah mendedahkan aurat dengan menunjukkan gambar-gambar lama yang tidak bertudung. Ada juga jadikan 'facebook' tempat untuk meluahkan rasa tidak puas hati pada suami atau isteri masing-masing. Bahkan segelintir menceritakan kelemahan & kekurangan pasangan masing-masing walaupun tidak secara 'direct'. Malunya...Ayu memang hilang respect pada mereka ini. Itulah antaranya yang terpapar di keratan Akhbar di atas. Tidak mustahil kalau 'facebook punca cerai'.Beristigfarlah kita semua.

0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com