Nasi Mandi Kambing
Setelah dua minggu cuti sekolah pun bermula. Maka terdetiklah irama ku sebagai Ibu rutin kerja macam biasa selepas solat subuh menyediakan sarapan pagi. Keroncong suara ku berbunyi nyaring macam selalu. Letihnya melihatkan perangai anak-anak yang liat nak bangun. Minggu ini aku akan bertambah sibuk nak menyiapkan sample biskut raya. Kalau ikutkan hati, malasnya rasa sebab dua orang akan periksa penting pada tahun ini. Namun bila memikirkan duit perlu juga apalagi dengan kos hidup semakin bertambah dan macam biasalah anak-anak ni bila Hari Raya dah dekat nanti macam-macam nak maka bermulalah kembali episod ku seperti tahun-tahun lepas. Rasanya nak siapkan 5 jenis kuih sahaja tahun ini, yang penting ku harapkan biarlah sedap dan ada ummphh!. Harga pula yang pening. Nak jual mahal tak sampai hati tapi barang-barang bakeri semua naik. Tahun Lepas mentega jenama 'buttercream" harganya RM3.70 (kalau beli kartonlah) tapi tahun RM4.85 mak oiiiii cekik darah. Customer nak biskut harga murah tapi sedap camna tu. Penat tau berjam2 duduk membongkok nak menyiapkan tak berbaloi kalau harganya macam tahun lepas.
Bahan-bahan:
1 kg beras
2 biji bawang besar
4 ulas halia, halia dlm se ketul kecil
2 helai daun salam
serba sedikit 4 sekawan
8-10 biji lada hitam butir
2 biji buah tomato
1 susu besar sedap rasa perasa secukupnya
air secukup
sukatan beras
minyak utk menumis (klo sula campur minyak sapi)
cara;
Beras di kosek dan di tos,kesemua bahan hanya dimayang, panaskan minyak bersama dgn minyak sapi pada sesiapa yg suka masuk minyak sapi.Bila minyak panas tumis kesemua bahan kecuali beras dan air bila semuanya nampak kekuningan masukkan air biar mendidih lalu masukkan air.
Tanak nasi sampai masak.(klo menggunakan periuk nasi tumis atas api dapur biasa bila masuk beras baru naikkan dlm periuk nasi.
Ayam
1 ekor ayam
2 sudu mkn ketumbar
1 sudu mkn lada hitam
kisar1/2 susu mkn jintan manis
secukup rasa garam
secukup rasa gula
seketul kecil halia
sedikit pewarna kuning
cara;
kisar semua bahan kemudian di kempam dlm ayam lalu di kempam sekurang2nya 1/2 jam lalu di bakar hingga agak garing di bahagian kulitnya sedikit.
cara;
kambing di rebus jgn terlalu banyak air bila mula empuk buang airnya masukkan kesemua bahan td ,dan masukkan air lain jgn terlalu banyak didihkan sampai tinggal 1/2 cwn rempah rebusan td mati api. angkat kambing kuah lbih tabur atas nasi bila dihidang
Sambal;
1 biji tomato
3 helai daun ketumbar
1/2 biji bawang merahcili padi ikut pedas
lemon ikut suka masamnya
gula garam
semua bahan di kisar rasa supaya sesedap rasa.
(Resepi dikongsi bersama dari kawan fb Syarifah Mahani Syed Ismail)
Comments