Wednesday, May 11, 2011

Kek Hari Ibu untuk diri sendiri









Alhamdulillah sempena hari ibu baru2 ini, ayu menerima tempahan 2 biji kek. Walaupun last minute tapi dapat siapkan dengan sebaik mungkin. Walaupun tak puas hati sangat dengan deco untuk Puan Azian yang agak ketinggalan zaman sikit designnya tapi harap rasanya lebih indah dibandingkan dengan rupanya.Mana taknya sebenarnya dilayer tiga bahagian dengan ganache lepas tu dibalut lagi dengan ganache barulah covernya pula dengan buttercream. Memang pure choc. lah didalamnya. Harap Puan Azian tak serik untuk mengorder lagi.



Kek diatas adalah Blueberry Cake yang ku buat sendiri untuk diri ku he he. Tapi terbantatlah sikit sponge cakenya. Sebenarnya senang nak buat kek span ini tetapi kena more berhati2 mungkin ayu whisk sekejap tidak betul2 kembang.atau bahan2 yang digunakan mengandungi minyak. Mendeco fresh cream dalam cuaca panas ini betul2 mencabar. Tapi inilah ilmu baru yang ku dapat.

0 comments:

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com