close up bahagian sisi
Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Hari ini, teringin sangat nak makan kek kukus buah.Lima tahun yang lepas masa baru-baru belajar nak promote biz biskut raya ada tolong promotekan kek buah Kak Yati rakan mengaji Al-Munawarah di Surau Saujana Impian Gemilang, Kajang, Selangor. Kak Yati buat memang sedap walaupun harganya mahal tetapi berbaloi.Kata Kak Yati kalau bahan-bahan yang kita gunakan berkualiti maka produk yang dihasilkan berkualiti rasanya. Dalam Kek Buah yang penting buahnya, pure butter (kak yati guna butter churn - betul ke ejaannya ) dan kalau tak ada gantikan dengan Anchor
Tapi untuk pertama kali buat ni aku gunakan pure butter juga tapi taklah semahal butter churn.Tahun 2011 semua barang naik, customer nak murah tapi sedap. Ayu pun kalau berniaga lebih suka meletakkan diri seperti customer, dapat lepas penat duduk kat dapur pun jadilah janji customer puas hati dan beli lagi.
So, dibawah Ayu sertakan bersama resepi Kek Kukus Buah dari Kak Fiza Imran. Rasanya sedap sama seperti kak Yati buat. Cuma yang Ayu tak puas hati keknya ok tapi taklah seok kak yati dari segi mampatnya. Mungkin kak yati kukus sampai 4 jam. Ayu hanya 2 jam.Setakat makan sendiri saja tak yahlah lama sangat
BAHAN-BAHANYA
500 gm Tepung Gandum
250gm Gula Pasir
250 gm gula hangus
500 gm butter
5 biji telor (gred B)
300/500 kismis campur
1 tsp esen oren (ayu guna sunquick)
1 tsp vanilla hitam
1 tsp ovellete
1 tsp cream of tartar (tapi ayu x guna pun, xda stok kat rumah)
1 tsp bicarbonat
1 tsp serbuk buah pala ( x letak pun, x suka)
CARA
1. Pukul butter dengan gula hingga putih
2. Masukkan telor satu persatu
3. Masukkan esen orange, vanilla, ovellete
4. Tepung gandum, cream of tartar, bicarbonate, serbuk buah pala, campuran buah
5. Campurkan adunan semua dengan tepung (manual)
6. Letakkan gula hangus (Ingat ya, gula hangus dimasak sebaik shj no. 5 disebatikan sebab kalau awal masak keras dalam kuali, ayu dah terkena!)
7. Kukus dalam loyang 8 x 8 - 4 jam
* Kek kukus lebih sedap dimakan selepas 1 minggu.
Kalau x nak manis kurangkan gula.
Untuk ukuran loyang 8 x 8 = RM70
loyang oval one piece = RM23
Comments