Posts

Kek Aiskerim untuk mak mertua

Image
Chocolate Mousse Cake berat 2kg/9" Sebenarnya kek ini untuk dibawa ole-ole ke rumah mak mertua di Kg Bikam, Sungkai Perak. Anak-anak dok komplen pula ummi ni kalau buat makan sendiri mesti tak lawa , tak colourful macam untuk jual. Heemmm! pandai mengomen budak-budak ini. Tapi memang betul pun apasallah bila untuk makan sendiri mesti ada je yang spoil pada kek-kek yang dibuat. Kalau untuk jual bukan main lawo lagi he he.Sebenarnya tekak ini tak berapa nak makanlah kalau kolor-kolor sangat ini, biar simple je. Kat atas ini sebenarnya dalamnya' Indulgence cake' tapi toppingnya versi lain lak. Budak-budak ini yang minta aising aiskerim....hussh memang sedap sangat ini. Manataknya layer dengan ganache, cheese and cream aiskerim huuuaaa sedap giler tu.

thxs to Puan Aziah

Image
Indulgence Cake 2kg/9" Ini adalah tempahan kali ketiga oleh Puan Aziah.Istimewa untuk harijadi anak kembarnya yang disambut tiap-tiap bulan. Masyaallah, murninya hati seorang ibu. Ayu sendiri pun walaupun boleh buat sikit-sikit kek ini pun tak mampu untuk melakukan pada anak seperti Puan Aziah. Itulah kasihnya ibu pada anak.Terima kasih pada Aziah yang katanya insyaallah akan menempah lagi dan pesannya jangan lupa Kak Ayu kalau ada kek-kek yang terbaru lagi beritahu saya. Wow! kena upgrade ilmu macam ini.

PROMOSI CUPCAKE /KEK CAWAN NEW YEAR 2012

Image
PADA HARI PERKAHWINAN ANDA PASTIKAN SESUATU YANG ISTIMEWA UNTUK TETAMU KEK CAWAN PASTINYA IDAMAN UNTUK TETAMU ANDA HARGA RUNTUH UNTUK TAHUN BARU (2012) RM3.00 CHOCOLATE MOIST CUPCAKE CARROT AND WALNUT CUPCAKE RED VELVET CUPCAKE

Selamat Menyambut Awal Muharram

Image
Permulaan muka surat baru antara ku dan dia dengan kalimah Bismillahirahmanirahim Ku mohon pada mu Yang Esa semuga aku antara yang sedikit menjadi pilihan rahmatmu di muka pintu syurga semuga aku juga dapat menikmati air sungai kauthar Allah Tuhan ku Yang Maha Besar Aku berjanji akan menjadi manusia yang solehah Kerinduan yang teramat sangat untuk bersama mu adakala datang namun adakala datang jua kelekaan membuatkan aku terpana dari mengingati mu namun hamba mu sentiasa berdoa Pilihlah aku Ya Allah

Thxs to Puan Noraini & Suaminya

Image
Indulgence Cake Berat 2kg / 9" Kalau mereka yang tahu apa itu Indulgence Cake tentu rasa pelik kenapa kek lawa sangat (lawa ke?) sebenar dah beritahu pada En. suami yang menelefon kek ini sebenarnya botak licin tiada deko2 tapi dia nak juga yang simple2. Pula tu perkataan-perkataan yang nak disampaikan masyaallah panjang bebeno...itupun dah minta beliau sms perkataan yang muat untuk kek ini. So inilah hasilnya tulisan ayu ini memang 'failed' tak tahulah apa en.suami kata bila tengok nanti.Ayu memang phobia sangat2....walau macamanapun terima kasih kerana memberi peluang pada saya.

Thxs to Puan Azrina

Image
Carrot & Walnut Cake Cream Cheese frosting Berat 2.5kg / 10" x 10" Alhamdulillah tempahan kali kedua oleh Pn Azrina untuk ibunya yang akan balik ke Kelantan esok, gambar yang pertama tak sempat upload anak dah delete ingatkan dah upload. Tempahan yang pertama untuk Mertuanya di Ipoh sempena Hari Raya Aidil Adha. Malam tu Azrina sms. Sedap kek karot Kak Ayu semua orang puji nanti bolehlah Ina tempah lagi. Terima kasih Ina.

Thxs to Puan Anita

Image
cake choc. moist topping with ganache choc/fondant Cream puff (inti kastad)