Posts

Showing posts from 2015

Congo bar / brownies

Image
Permintaan dari anak yang sulung untuk dihantar ke tempatnya belajar di Universiti Al Azhar Kaherah, Mesir Bila anak belajar jauh di zaman ini, alhamdulillah teknologi canggih dengan adanya 'smart phone', 'whatsapp' & 'skype' menjadi penghubung kami sekeluarga. Walaupun jauh di mata tetap dihati, walaupun boleh bercakap setiap saat dan hari tapi tak sama anak di depan mata. Apatah lagi anak perempuan, berada di bumi Mesir pula dengan sistem politik yang masih lagi tidak aman seperti sebelum ini. Namun doa setiap saat di berikan untuk si anak supaya dipermudahkan oleh Allah menuntut ilmu di bumi anbiya Congo bar menjadi tumpuan & penantian oleh rakan sebilik.Alhamdulillah telah selamat sampai, dibawa oleh rakannya juga. Itulah gunanya ukhwah persaudaraan sesama Islam saling bantu membantu. Mereka sangat 'enjoy' suka sesangat.

Katering

Image
Bermula awal tahun baru 2015, kami menerima banyak tempahan 'katering', walaupun dalam kuantiti yang tak banyak seumpama katering lain, tapi alhamdulillah pelanggan semua puas hati dan mendapat tempahan berkali-kali daripada pelanggan yang sama. Kami mengutamakan kepuasan pelanggan dengan masakan yang sama seperti di rumah, cukup rasa masam manis seenak seperti yang dimasak oleh bonda kita. Walaupun tempahan dalam kuantiti paling minima 50 pek sahaja kami tetap menerima , kerana kami baru lagi dalam bidang ketering ini, takut pula 'value' yang ada pada masakan itu terkurang pula kerana kurang peralatan , tenaga kerja & baru peringkat belajar Alhamdulillah, tempahan semakin bertambah. Kepuasan kami adalah kepuasan pelanggan 'apa yang kami makan itulah yang kami masak' itulah slogan suntikan kami untuk memberi 'servis' yang terbaik untuk pelanggan kami NASI BERLAUK       MEEHON       MEE GORENG  

Kek Kahwin Bertingkat

Image
Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat blogger dan para pelanggan semua Kami 'An Najwa Home Bakers' memohon ampun dan maaf sebab tak 'update' blog ini, hati ini sebenarnya meronta-ronta nak 'update' blog ini tapi disebabkan kekangan waktu & 'latop' buat hal sikit maka tu yang merencatkan semangan nak 'update' cerita-cerita baru ini. Tapi walau macamanapun kegiatan 'annajwahomebakers' boleh je go tru ke facebook tapi gambarlah tak cun pula sebab pakai handphone yang tak berapa nak canggih sangat. Namun alhamdulillah , bantuan 'programmer kanan' saya apalagi kalau bukan en hubby maka bolehlah lepas ini 'update' cerita-cerita terkni. Rasanya dah masuk tahun 2015. azam baru nak buat amal jariah sikit. Mungkin kat sini saya bukan saja nak kongsikan tempahan pelanggan tetapi juga resepi-resepi dan tips jualan. Tapi kena 'sit down' dulu buat paper work supaya nawaitu kesampaian dengan sempurna insyaallah Bawah ini ...