Posts

Showing posts from 2011

Kek Aiskerim untuk mak mertua

Image
Chocolate Mousse Cake berat 2kg/9" Sebenarnya kek ini untuk dibawa ole-ole ke rumah mak mertua di Kg Bikam, Sungkai Perak. Anak-anak dok komplen pula ummi ni kalau buat makan sendiri mesti tak lawa , tak colourful macam untuk jual. Heemmm! pandai mengomen budak-budak ini. Tapi memang betul pun apasallah bila untuk makan sendiri mesti ada je yang spoil pada kek-kek yang dibuat. Kalau untuk jual bukan main lawo lagi he he.Sebenarnya tekak ini tak berapa nak makanlah kalau kolor-kolor sangat ini, biar simple je. Kat atas ini sebenarnya dalamnya' Indulgence cake' tapi toppingnya versi lain lak. Budak-budak ini yang minta aising aiskerim....hussh memang sedap sangat ini. Manataknya layer dengan ganache, cheese and cream aiskerim huuuaaa sedap giler tu.

thxs to Puan Aziah

Image
Indulgence Cake 2kg/9" Ini adalah tempahan kali ketiga oleh Puan Aziah.Istimewa untuk harijadi anak kembarnya yang disambut tiap-tiap bulan. Masyaallah, murninya hati seorang ibu. Ayu sendiri pun walaupun boleh buat sikit-sikit kek ini pun tak mampu untuk melakukan pada anak seperti Puan Aziah. Itulah kasihnya ibu pada anak.Terima kasih pada Aziah yang katanya insyaallah akan menempah lagi dan pesannya jangan lupa Kak Ayu kalau ada kek-kek yang terbaru lagi beritahu saya. Wow! kena upgrade ilmu macam ini.

PROMOSI CUPCAKE /KEK CAWAN NEW YEAR 2012

Image
PADA HARI PERKAHWINAN ANDA PASTIKAN SESUATU YANG ISTIMEWA UNTUK TETAMU KEK CAWAN PASTINYA IDAMAN UNTUK TETAMU ANDA HARGA RUNTUH UNTUK TAHUN BARU (2012) RM3.00 CHOCOLATE MOIST CUPCAKE CARROT AND WALNUT CUPCAKE RED VELVET CUPCAKE

Selamat Menyambut Awal Muharram

Image
Permulaan muka surat baru antara ku dan dia dengan kalimah Bismillahirahmanirahim Ku mohon pada mu Yang Esa semuga aku antara yang sedikit menjadi pilihan rahmatmu di muka pintu syurga semuga aku juga dapat menikmati air sungai kauthar Allah Tuhan ku Yang Maha Besar Aku berjanji akan menjadi manusia yang solehah Kerinduan yang teramat sangat untuk bersama mu adakala datang namun adakala datang jua kelekaan membuatkan aku terpana dari mengingati mu namun hamba mu sentiasa berdoa Pilihlah aku Ya Allah

Thxs to Puan Noraini & Suaminya

Image
Indulgence Cake Berat 2kg / 9" Kalau mereka yang tahu apa itu Indulgence Cake tentu rasa pelik kenapa kek lawa sangat (lawa ke?) sebenar dah beritahu pada En. suami yang menelefon kek ini sebenarnya botak licin tiada deko2 tapi dia nak juga yang simple2. Pula tu perkataan-perkataan yang nak disampaikan masyaallah panjang bebeno...itupun dah minta beliau sms perkataan yang muat untuk kek ini. So inilah hasilnya tulisan ayu ini memang 'failed' tak tahulah apa en.suami kata bila tengok nanti.Ayu memang phobia sangat2....walau macamanapun terima kasih kerana memberi peluang pada saya.

Thxs to Puan Azrina

Image
Carrot & Walnut Cake Cream Cheese frosting Berat 2.5kg / 10" x 10" Alhamdulillah tempahan kali kedua oleh Pn Azrina untuk ibunya yang akan balik ke Kelantan esok, gambar yang pertama tak sempat upload anak dah delete ingatkan dah upload. Tempahan yang pertama untuk Mertuanya di Ipoh sempena Hari Raya Aidil Adha. Malam tu Azrina sms. Sedap kek karot Kak Ayu semua orang puji nanti bolehlah Ina tempah lagi. Terima kasih Ina.

Thxs to Puan Anita

Image
cake choc. moist topping with ganache choc/fondant Cream puff (inti kastad)

thxs to Kak Siti (pengerusi aim,sg. sekamat)

Image
Carrot & walnut cake topping Cream Cheese berat 2.5kg

Thxs to Puan Kalthom Yahya

Image
Cake choc.moist with buttercream/fondant cupcake 100pcs cake choc.moist with buttercream

thxs to Puan Nisyat

Image
Cake choc. moist/fresh cream/fondant Sekali lagi tempahan oleh Puan Nisyat...berpuashati dengan kek sebelum ini. Alhamdulillah.

Thxs to Puan Aziah

Image
Red Velvet Cake with cream cheese cake choc moist with ganache/buttercream

Kek untuk bonda tersayang

Image
Sempena Hari Raya Aidil Adha untuk bonda tersayang cake choc.moist/fresh cream/buttercream

Thxs to Su Mail

Image
Tempahan disaat-saat akhir oleh Puan Su Mail (panggilan untuk jiran nak senang kenal di taman kasih ini). Mula-mula Su tempah coklat edible image tetapi disebabkan kereta buat hal pula tak dapat pergi awal ke yummy maka sebaik hantar kek Puan Nisyat , Yummy & bake Yen pun dah tutup. Su minta buatkan cupcake 50 biji. Inilah hasilnya tangkap gambar pun main tangkap je. cake choc moist/buttercream/ganache

Thxs to Nisyat

Image
cake choc. moist with fresh cream/fondant/edible image sebenarnya amatlah teruja untuk menyediakan kek ini. buat pertama kalinya menggunakan 'fresh cream' amatlah suspennya. Maalumlah kalau untuk menyediakan kek 'tiramisu' dan 'blackforest' mungkin tidak perlu mendeko sangat. Tetapi disebabkan untuk tema Harijadi kanak-kanak pastinya perlukan kreativiti. Alhamdulillah Puan Nisyat amat berpuashati dapat pula kek besar dan berat (Sedekah untuk Ameera) cantik dan sedap katanya. Alhamdulillah.

Thxs to Mimi

Image
Kek ini ditempah oleh adik Mimi cake choc. moist with buttercream/fondant Kata adik Mimi kek ini sangat sedap....bawa untuk kawan-kawan sekolah teringat adik dan emak simpan sedikit untuk mereka. bagusnya...makan teringat kat adik-adik..alhamdulillah

thanks to adik shakila

Image
choc moist cake with buttercream/ganache

Thanks to adik Balkis

Image
choc moist cake with buttercream /ganache

Resepi Cornflakes - ibu duit RM10,000

Image
Salam satu malaysia to all bakers.Nampak tak gambar bawah ini.Itulah Cornflakes RM10,000 nama baru Ayu bagi he he. Sebenarnya nak share kat sini resepi biskut yang teramatlah rangupnya dan jangan tak caya kawan yang bagi ini dia cuma buat dalam masa 2 minggu saja tapi dapat RM10,000 untuk bulan puasa yang lepas. Terbeliak biji mata ayu...wah! ini yang panas ponggong ni. Tapi itu adalah antara 3 jenis biskut yang dia buat. Insyaallah, akan datang ayu akan update 2 resepi biskut tu.Kenalah cuba dulu nanti marah pula blogger2 kalau resepi tak sedap dan tak menjadi. Kawan ini dia jual cuma RM17 tapi dapat 14 bekas (balang tinggi tutup merah). So anda bolehlah kira berapa balang yang dia buat untuk dapat RM10,000 tu. Cuba jangan tak cuba...memang rangup sangat dan anak2 kata sangat sedap. Esok lusa mesti habis punya Buruk je biskut ini kan tapi boleh buat ibu duit!!! Resepinya Biskut Mix 1 kilo Tepung naik sendiri 1 kilo butter 2 kilo gula icing 750gm Cornflakes 2 kilo Telur 5 biji esen v...

thanks to Adik Anis

Image
Kek choc. moist deco with buttercream

Thanks again to Puan Aziah

Image
kek choc. moist deco with buttercream Indulgence cake Alhamdulillah sms yang diterima dari Pn Aziah 'Kek semua sedap sangat' bersyukur sangat bila dapat pujian camni. rasa puas sangat. terima kasih sekali lagi Aziah

Thanks to Pn Aziah

Image
cupcakes choc.moist with topping choc.ganache/buttercream

Flyers/brochures/pamplet

Image
Alhamdulillah akhirnya inilah 'brouchures' AnNajwa Home Bakers buat pertama kalinya. Salah satu strategi pemasaran yang perlu untuk meluaskan lagi pasaran produk AnNajwa Home Bakers.Setelah 2 hari diedarkan di sekolah anak-anak dan kawasan terdekat, ada respon yang positif. Lucunya bila ada yang mengharapkan Ayu supaya mengadakan kelas untuk kek yang dipamirkan. Kata mereka nampak sedap dan menarik. Alamak kita ini nak menjual belum lagi nak jadi sifu. Tapi sebenarnya dalam hati tu memang ada cita-cita sebab kat luar sana ramai yang akhirnya jadi sifu-sifu ini dan akhirnya membuka galeri mereka sendiri.Antara yang Ayu tahu ialah Lynn Hassan, Najah Bakery.Adakah ayu ini akan menyusul seperti mereka. Insyaallah untuk meramaikan bakers dikalangan Muslimah apasalahnyakan. Walaupun camana pun restu suami dulu.

Cupcake untuk Puan Azian Alias

Image
Tempahan cupcakes choc.moist sebanyak 300pcs Alhamdulillah menerima pujian dari rakan2 Puan Azian Doorgift untuk VVip Bank Rakyat Putrajaya Precint 15

PROMOSI MUFFIN & CUPCAKES UNTUK PENGANTIN BARU 2011

BAKAL PENGANTIN BARU 2011 MUFFIN RM1.00 PERISA COKLAT MOIST PANDAN VANILLA STRAWBERRY PERCUMA PLASTIK COVER (WITH MINIMUM ORDER 1000 PCS) CUPCAKES RM 1.70 PERISA COKLAT MOIST PANDAN VANILLA STRAWBERRY FREE : COVER DOME PLASTIC (WITH MINIMUM ORDER 1000 PCS) TEMPAHAN BOLEH DIBUAT 5 HARI SEBELUM PAYMENT 50% DEPOSIT PERCUMA PENGHANTARAN BERGANTUNG TOTAL TEMPAHAN

MUFFIN 1000 PCS - TEMPAHAN KEDUA SYAWAL

Image
Lepas balik kampung beraya tahun ini, alhamdulillah rezeki mencurah-curah pula. Dalam bulan syawal ini bersusun jadual tempahan dari sahabat-sahabat dan pelanggan baru. Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Kamarul Halim dan Puan Nonie ISLAMIC RELIEF INTERNATIONAL SCHOOL 1000 muffin perisa choc. moist & pandan * En. Kamarul Halim kata minggu depan nak order lagi insyaallah. Allahuakbar bersyukur sangat2. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi.

Tempahan pelanggan raya 2011

Image
Tahun ini berpuasa alhamdulillah dapat dilalui dengan sebaik-baiknya. Nawaitu pada awal2 rejab lagi nak buat yang terbaik dan merebut sepuluh malam terakhir tercapai jua. Namun liku2 dalam mengharungi ujian dunia tidak dapat juga dielakkan. Anak lelaki bujang yang akan menghadapi pmr pada tahun ini tidak begitu bersungguh-sungguh belajar. Terlalu taksub dengan games. Benar-benar menguji hati ku dan suami, terkilan yang amat sangat. Itulah yang menjadikan antaranya dorongan untuk ku melakukan dan berdoa dengan bersungguh-sungguh, mengharapkan Yang Esa mengabulkan permintaan aku sebagai ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan. Jualan biskut pada tahun ini pada awalnya juga tidak memberansangkan sangat. Aku dah kecut perut sebab dan invest beberapa ribu membeli bahan-bahan biskut dan butter. Tetapi alhamdulillah bila dah masuk minggu ketiga berpuasa telefon di rumah dan sms di handphone tidak berhenti-henti. Sampai terpaksa menolak beberapa tempahan kerana masa yang terlalu sun...

STICKER 2011 AN NAJWA HOME BAKERS

Image
Alhamdulillah, cita-cita tercapai untuk melihat sendiri sticker atas nama sendiri. Pelaburannya boleh tahan juga. Namun demi untuk mereliasasikan impian maka salah satu darinya tercapai juga. Insyaallah selepas ini bila biz makin maju akan dilaksanakan satu lagi impian iaitu BROCHURES. Draf dah buat tunggu finalised saja lagi.

Tempahan Balang kecil2 biskut raya

Image
Bila sebaik sahaja sample dikeluarkan maka tempahan bermulalah dari mereka yang nak makan-makan. Memang sepatutnya macam tulah...bila raya nanti jemu pula. Habis raya baru pulun nak makan serdak2 pun jadilah. Dibawah ini beberapa jenis biskut antaranya yang menjadi rebutan. Tapi yang paling topnya mestilah biskut tat nenas.