Kek Harijadi Najwa Nurzakirah binti Mohd Tarmizi
Usia anak yang sulung Najwa Nurzakirah binti Mohd Tarmizi telah mencapai 18tahun. Ilmu yang diperolehi cuba dimanfaatkan untuk mendeko kek ini menggunakan fondant & gumpaste homemade. Sangat-sangat mencabar...dari peringkat awal sehingga akhir. Mencanainya bukannya senang, berpeluh-peluh, penat sangat. Patutlah dijual harganya mahal. Tengoklah kek di atas ini harganya ialah RM750 bagi mereka yang berminat. Bukan sebab nak untung banyak. Tipulah kalau saya katakan tak untung, setiap apa yang kita buat apa jua perkara bukan setakat mendeko kek atau berniaga lain, sebagai manusia kita tak boleh tipu hati kita bahawa apa yang kita nak buat mesti nakkan pulangannya, terpulang keihlasan hati kita yang sebenarnya.
Kelebihan kek fondant An Najwa Home Bakers ini adalah Fondannya homemade, saya bancuh sendiri. Oleh itu insyaallah bahan2nya halal ,kanndungan gelatinnya saya pastikan halal. Rasanya sedap, anak bongsu saya puji sedap umi, tak manis sangat. Kek Choc moist, sangat mendapat pujian dari para pelanggan dan jiran tetangga.
Selamat Hari Jadi Najwa Nurzakirah
Semuga menjadi anak solehah & berjaya dunia akhirat
Comments