Sempena Majlis Maulidirasul di Sekolah Rendah Agama Abim, anakku Najwa Nur Jannah meminta aku mengadakan makanan ringan untuk sekolahnya.Katanya Ustazah suruh bawa wajib. Maka aku pun dengan hati yang ikhlas, walaupun penat sikit sebab baru sahaja menyiapkan samosa daging terus cari tepung, koko powder dan bahan-bahan lain....whisk !!! dah siap. Anak-anakku kecil-kecil ni berebut nak tolong sama. Nak tergelak pun ada bila tengok gelagat mereka ni. Biarkanlah....suruh mereka susun cup dalam tray letak adunan susun pula hirisan badam..sukanya mereka.Bila dah masak pandai pula nak panas!! Cerita lucu Nur Jannah bawa balik bila katanya sampai je di sekolah ummi, ustazah terus cakap terima kasih Jannah. Lepas tu semua Ustazah keliling kuih ni dah habis sekelip mata, budak2 datang tengok kat bekas kuih atas bawah 2 kali terbeliak biji mata tengok2 dah habis. Aku yang mendengar anak dara sorang ku ni bercerita sakit perut gelak besar. Aku pun tanya anak ku 'Ummi buat sedap ke'. Kata ...