Posts

Showing posts with the label Cerita Ku

Tempahan Ramadan

Image
  karipap   sardin roll   apam puteri ayu   puff tuna     pizza   Alhamdulillah sempena bulan puasa , sempat juga buatkan makanan selepas solat trawikh untuk anak-anak di taman. Niat untuk menggembirakan budak-budak supaya mereka rajin dating mengimarahkan surau, walaupun mereka bising & bermain-main ketika solat tetapi tak apalah dengan cara ini mereka berjinak-jinak mendekatkan diri pada Allah swt. sama-samalah berdoa supaya mereka dewasa kelak dapat menjadi mukmin yang soleh & solehah.   Jzzk kepada Ibu-ibu Muslimat Taman Kasih yang menyumbang

Tempahan selepas raya

Image
Selamat Hari Raya tahun 2014   Kini syawal kembali setelah berpuasa selama sebulan. Paling menggemberikan anak-anak yang kecil,alhamdulillah mereka berpuasa penuh. Mengharungi layanan cetusan hati & perasaan mereka yang kelelahan mengharungi perit menahan lapar & dahaga kadang-kadang meruntun hati seorang ibu. Bersyukur sangat pada Allah swt, dikurniakan kesihatan & berbuat terbaik pada bulan Ramadan yang lalu.   Walaupun kepenatan yang teramat sangat menyiapkan tempahan biskut raya, namun kepuasan tak mampu terucapkan bila keuntungan yang diperolehi dapat dikongsi bersama orang yang tersayang serta mereka yang memerlukan. Memberi dengan hati yang benar-benar ikhlas, mendidik hati, jiwa & perasaan ikhlas & bersih kerana Allah swt. Perniagaan walau apa jua bidangnya , namun kalau tidak kuat, tabah, dalam mengharungi keperitan & kepenatannya bukanlah berniaga namanya. Dan berniaga ini bagi saya bukan sekadar menambah pendapatan &memmperoleh k...

Perkahwinan adik ipar- adik suami yang bongsu (sukri mohd nordin)

Image
Pada hari ini 14hb. Disember 2013 adalah hari Perkahwinan adik bongsu suami ku. Bermakna kenduri adalah terakhir untuk abah & emak meraikan perkahwinan anak-anaknya. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, semangat membantu adik beradik dan seronok bersama-sama bersua kembali saudara mara.   Banyak perkara kami suami isteri belajar dari awal penyediaan sehinggalah hari kemuncak majlis tersebut. Walaupun belum masa lagi untuk kami menerima menantu, namun perbelanjaan untuk majlis ini menyebabkan kami kerap bersembang sebelum tidur bagaimanakah majlis perkahwinan anak-anak nanti dengan semua harga barang naik, tetamu-tetamu jemputan dan yang paling penting ialah majlis yang mendapat keberkatan daripada Allah swt   Mula terfikir dan rasa takut pun akan jodoh anak-anak. Sebagai ibu sentiasa berusaha mendidik anak-anak dalam suasana yang Islamik serta taat pada perintah Allah dan Rasul. Namun bagaimana nanti dengan Imam yang akan memimpin mereka   Namun sentiasa...

Kerinduan yang tak mampu ku bendung

Image
Naluri aku sebagai ibu, sesekali datang menerpa ke fikiran akan wajah si kecil yang begitu ayu tidur dengan tersenyum.Kerinduan yang teramat sangat kerana waktu di tunjukkan wajah si kecil, operasi pembedahan masih lagi berjalan.Itu yang membuat aku begitu terkilan kerana tidak berpeluang untuk mencium pipi lembutnya apatah lagi untuk memegangnya Esok paginya , pada jam 9.30pg suami datang menziarahi aku, tika itu ubat penahan sakit bius pembedahan semalam belum hilang lagi, jadi aku belum lagi merasakan kesakitan.Senyuman suami penawar bagi ku, walaupun aku tau dihatinya terguris seperti aku, namun genangan airmatanya menceritakan hati si ayah pada ku isterinya.Suami memberitahu kejap lagi akan diambil jenazah si kecil untuk segera dikebumikan di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah kami.Aku kehairanan segera bertanya 'takkan abang datang seorang sahaja, nanti siapa yang nak memangku anak kita?".Suami ku segera menjawab"abang sengaja datang seorang supaya aban...

26 oct 2013 - Hari kelahiran anakku yang ketujuh

Image
Sebaik-baik perempuan adalah yang banyak keturunannya dan banyak kasih sayang pada suaminya - hadis Rasulullah saw   Sesuatu yang Allah pinjamkan pada kita buat seketika waktu, terimalah ia dengan hati yang redha kerana itu haknya mengambil kembali barang yang dipinjamnya itulah kata-kata suami untuk ku   Pergerakan bayi agak lemah pada pagi Sabtu 26hb. Okt 2013, aku mulai bimbang & timbul rasa takut. Aku mengadu pada suami, namun suami berkata insyaallah tak ada apa-apa, umi jangan bimbang nanti bp umi naik.Tetapi petang itu aku tak sedap hati segera mengajak suami ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi untuk cek nadi bayi.Sesampainya di sana, Dr melihat melalui scan ultrasound tak nampak nadi bayi.Hati ku berdebar-debar, sukar untuk menerima kenyataan. Aku tak menangis lagi namun bila suami menghampiri memandang wajahku, kami saling berpandangan mata, mulut membisu seribu bahasa. Suami memujuk terus pergi ke HUKM mungkin resultnya masih memberikan harapan....

8hb, Oktober, 2013 - Najwa Nurzakirah melanjutkan pelajaran ke Mesir

Image
  Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup ku sekeluarga, terutamanya di saat menunggu kelahiran bayi baru ini. Simpati pada suami, yang terkejar ke sana-sini menguruskan rumahtangga & anak-anak kerana kesihatan ku yang tidak menentu. Suami banyak memberikan sokongan & belaian kasih sayang yang aku rasakan diriku ini bagai ditatang minyak yang penuh, dimanja bagaikan seorang puteri.   Mengandung dengan adanya 'hipertension' menyebabkan aku terpaksa makan ubat dengan jumlah dos yang tinggi , rehat yang banyak & persediaan mental yang sangat kuat. Walaubagaimanapun rasa bersyukur teramat sangat pada suami yang sentiasa memberi sokongan & anak-anak serta ibu, adik & kawan-kawan yang sentiasa mendoakan.   Simpati juga pada anak sulung ku Najwa Nurzakirah binti Mohd Tarmizi, aku tak berupaya mengadakan kenduri doa selamat seperti yang dirancang, semua tempahan catering, khemah & jemputan terpaksa su...

Lagi dua minggu Ramadan menjelang

Image
Tahun-tahun sebelum ini biasanya bulan Rejab & Syaaban aku sibuk menyiapkan sample biskut raya & tempahan biskut raya untuk peminat2 biskut ku. Tapi kali ini hati ku berbelah bahagi nak buat ke tidak, nak buat ke tidak. Ikutkan hati memang nak buat tapi kudrat ini tak mampu. Bukan senang nak buat biskut raya ini perlukan ketekunan, kerajinan & kekuatan. Kadang-kadang tersengguk2 kerana terlalu mengantuk maklumlah bulan puasa, bila malam pula bertrawikh memang menjadi kewajipan pada ku, penat macamana pun aku tak mahu tertinggal menikmati bulan baik ini nak kejar duit, duit juga tapi akhirat pun kena kejar juga. Seusai bertrawikh kami anak beranak akan bertadarus, suami bertadarus di surau tapi kalau dia balik awal akan sambung bertadrus dengan kami di rumah. Bila suami ada ni yang tak sedap ni, aku selalu kena cubit dengan dia sebab tersengguk-sengguk mengaji...entah kemana-mana yang aku baca. Anak-anak banyak tolong cover sambungkan ayat yang patut aku baca, daripada ba...

Ramadhan 1434 /2013 M akan berkunjung lagi

Image
Di usia ku yang menjangkau ke 44 tahun kini, mudah-mudahan Allah mempertemukan aku dengan bulan Ramadan 1434H. Bersyukur sangat pada Allah swt kerana dikurniakan suami yang soleh yang sentiasa mengingatkan aku dalam apa jua perkara lebih-lebih lagi hubungan dengan Allah, anak-anak yang sentiasa ceria & sihat, walaupun kadang menguji ku dengan perangai keanak-anakkan mereka.Dan insyaallah sekiranya diizinkan Allah pada hujung bulan Disember akan dikurniakan 'baby' baru. Hasil dari solat hajat & doa anak-anak.Ish2! sampai solat hajat mereka ini punya nak adik baru, sampai siap pesan si Najwa Nur Hajidah pada sahabat baiknya yang menunaikan umrah pada cuti sekolah baru-baru ini disuruh mendoakan dapat adik lelaki. 'Ter mengandung' di usia begini banyak menguji ku erti kesabaran, kesakitan, kelelahan, keletihan.Allahlah tempat ku mengadu. Namun alhamdulillah, masuk bulan ketiga ini rasa mabuk-mabuk dah berkurangan. Aku dah boleh masak dan bau yang sebelum ini s...

Choc Mousse Cake

Image
Setelah sekian lama menyepi, tiba-tiba di fb kelihatan pesanan di 'inbox' ku, alhamdulillah berjumpa bertaut kembali silaturahim persahabatan kami antara ku dengan Che Nor (Tokeh Katering,Bandar Hussein Onn, Cheras). Kami sahabat yang mempunyai minat yang sama iaitu 'memasak' & berniaga. Che Nor berasal dari Kelantan ini sejak sekolah lagi berniaga kuih-muih membantu Ibunya, maka tak hairanlah kini beliau berjaya dengan bisnes makannya itu. Rasa kagum padanya membesarkan anak-anak seramai lapan orang tidak menjadi alasanya untuk berjaya,, dan kini katanya alhamdulillah anak-anak sudah remaja banyak membantunya di rumah. Kerja-kerjanya lagi mudah apatah lagi berniaga...itulah rezeki anak ramai, bila kecil-kecil nampak berderet-deret, kadang-kadang ada juga kata-kata sinis namun macam diri ku sekarang inilah boleh dikatakan enam nak masuk tujuh orang ini dalam zaman sekarang orang kata ramai. Tetapi kini dapat juga ku rasakan kesenangan bila ada anak-anak yan...

Selamat Hari Guru

Image
Sempena Hari Guru baru-baru ini, Nur Jannah menyuarakan pada ku untuk menghadiahkan kek cawan untuk para Ustazah & Ustaz di sekolahnya Abim Sg. Sekamat, Kajang. Walaupun keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan, namun untuk anak & guru yang banyak mengajarkan anak-anak ku dari Najwa Nurzakirah, Mukhlis Zikri, Najwa Nur Hajidah, Najwa Nur Wahida dan kini Najwa Nur Jannah & Najwa Nur Solehah...alhamdullillah anak-anak ku pandai solat & banyak juga ayat-ayat Al Quran yang mereka hafal. Kami sebagai ibu-bapa hanya memantau mereka dan mengajar sekiranya cara mengambil wuduk, solat & tajwid mengaji  merreka perlu diperbetulkan. Jzzk kepada guru-guru & termasuk guru-guru ku

Bercuti bersama keluarga tersayang di Kuala Terengganu

Image
Cuti sekolah tahun lepas pada 24hb November 2012, adik sepupu suami,iaitu zarif telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya Sarah. Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bercuti bersama anak-anak.Indahnya negeri Terengganu Darul Iman.Orang-orangnya manis, cantik dan lemah lembut dengan bahasa dialeknya yang kadang-kadang ternganga-ngaga mulut kami ini sebab tak begitu faham. Rasa tak puas berada di sana, tak puas shopping sebenarnya he he. Namun bila melihat makanan yang dijual harga yang mahal husss! kalah duk KL cam ni. Tapi alhamdulillah rasa seronok juga dapat berjumpa dengan kenalan lama suami iaitu kak Faridah bersama keluarga. Terlalu teruja dan gembira sangat, kak Faridah melayan karenah kami. Terima kasih sangat, begitu juga pada sahabat suami yang seorang lagi...rumahnya hmmmmm! sungguh besar bagaikan istana kayangan tapi dia tak bagi tangkap gambar...syhhh rahsia. Jzzk kepada kedua sahabat yang melayani kami dengan tulus sangat.

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

Image
Selamat Hari Raya Aidil-adha diucapkan kepada sahabat tersayang...tahun ini alhamdulillah dapat juga menunaikan korban tetapi bukan kat sinilah, hantar ke kemboja.Insyaallah tahun depan plan nak share dengan adik beradik...mesti meriah bila buat korban depan rumah he he he sedap tau makan daging baru ini manis. Tahun ini dapatlah sekilo setengah jiran bagi buat sup dengan goreng kunyit je makan nasi panas2 hussh! tak ingat orang belakang langsung. Tahun ini anak yang sulung Najwa Nurzakirah akan menghadapi perjuangan terakhirnya di alam persekolahan iaitu SPM so tak balik kampunglah...kesian kat kakak tak boleh nak fokus study lak..tapi mak Ayu, Hajah Omi Kelsom pula yang plan dengan adik2 Marthiah , Marsita & Talhah raya kat rumah Ayu...terima kasih sudi datang ke rumah yong. Meriah rumah 2 hari raya penuh sedare mare datang sampai ke malam. Walaupun terasa kepenatan dengan Raya pertama Nasi Briyani dan Raya Kedua Nasi Ayam tapi seronok sangat tengok adik2 berkump...

Donation untuk Pembinaan Surau baru Taman Kasih

Hati berkobar-kobar dan bersemangat malam ini. Baru balik dari mesyuarat ajk muslimat (kaum ibu) di Taman Kasih, Sg. Sekamat, Kajang. Kami bersemangat untuk mengumpulkan dana bagi memperbaiki dan membaik pulih surau An Nur Taman Kasih agar dapat diperbesarkan dan lebih selesa untuk solat berjemaah. Maalumlah bila dah masuk 9 tahun kami bermastautin di sini bermakna anak-anak yang dulu dilahirkan di sini dah masuk gadis sunti manakala yang sunti dah mula remaja, surau pula masih lama sedangkan anak-anak makin membesar. Bulan puasa baru-barulah yang terasa sangat....kesesakannya . Fikir masak-masak ayu ingat nak buat kelas masak kat rumah lah. Sebahagian duit yuran ingat nak masuk dalam dana surau.Siapalah yang sudi nak belajar dengan Ayu ini. ramai juga kawan yang bertanya sebelum ini tapi rasa malu dan seganlah pula...maklumlah dapur tak  besar mana pun. Tetapi bila memikirkan nak masuk syurga juga dialu-alukan sesiapa yang sudi calling2 Ayu tau. Nanti malam ini nak buat solat ha...

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak

Image
Bersama bingkisan hati yang tulus terbuka satu ruang untuk ku lagi segala puji-pujiaan untuk yang maha esa atas kerahmatannya menerima ku lagi Ramadan Al Mubarak Kesucian mu itu ditunggu oleh semua hamba Allah di muka bumi ini Allah Maha Besar Berilah peluang untuk hamba mu ini sihatkanlah tubuh badan ku untuk ku berjaga malam bersemangat mengerjakan ibadah puasa Kedatangan mu Ramadan Semuga Aku dapat melakukan terbaik di tahun ini Insyaallah Untuk sahabat-sahabat bloggers serta pelanggan-pelanggan annajwahomebakers, saya mengucapkan Ramadan Al Mubarak. Rasa syukur dan berterima kasih kerna kita masih lagi dapat diberikan peluang untuk menikmati pada tahun ini.