Posts

Showing posts with the label Biskut Raya 2012

Biskut Raya 2012-part 2

Image
Antara tempahan-tempahan oleh sahabat-sahabat dan pelanggan. Hanya sempat snap beberapa gambar sahaja kerana terlalu sibuk mengejar masa untuk disiapkan. Maid pula di saat-saat akhir buat perangai buat part time kerja mengemas di rumah orang sebab ditawarkan gaji yang lebih mahal mengikut masa. Padahal perjanjian telah pun dibuat dengan gaji dipersetujui sejak beliau kerja dua bulan yang lepas. Dugaannya Allah saja yang tahu. Tapi tak apalah pengajaran untuk tahun akan datang dan rakan-rakan bakers kalau nak ambil maid sementara ini macam saya ini lebih berhati-hati dan berjanji betul-betul untuk mengelakkan perkara ini terjadi. Agaknya patutlah setengah majikan tidak mahu terlalu berlembut dan baik dengan bibik, sebab bila terlalu baik mereka tidak menghormati dan telus bekerja dengan kita. Bayangkanlah kalau projek biskut raya terus berkembang pada masa akan datang dan perlu mengambil mereka untuk membantu kita, tetapi disaat-saat kritikal date line semakin hampir sepuluh orang beke...

Biskut Raya 2012

Image
Hari ini dah masuk hari ke 7 berpuasa, sebahagian biskut raya untuk permintaan pelanggan minggu pertama puasa telah pun dapat disiapkan. Esok insyaallah siapkan pesanan biskut raya & maruku pula untuk pelanggan-pelanggan yang mahukan minggu ke 3 sebelum raya.

BISKUT RAYA 2012 - PHOTO SHOOT KU

Image
STRAWBERRY FINGERS 50 pcs RM 25 Wow! bila dah siapkan biskut ini, budak2 kat rumah tak berhenti2 minta, pantang kalau dicakap ini bukan untuk jual saja nak bagi anak2 umi makan. Bia dah puas mereka makan, boleh tanya lagi. Biskut ini diadun dengan serbuk badam & perisa strawberry. Tapi membuatkan lebih sedap disalut dengan coklat putih Beryl's dan kelapa kering. BISKUT CHOC. CHIPS CRACKERS (CHOC) 50 pcs RM 20 Biskut ini kegemaran anak-anak ku. Ditimbunkan dengan coklat cip , badam flake serta perisa koko (serbuk koko) yang berkualiti. Kandungan Mentega @ butter yang not bad pricenya la ni. Amatlah rapuh & crunchy cakap orang putih. Sangat-sangat disukai oleh kanak2 tapi en hubby juga tak kurangnya. Malam2 sambil mengadap latopnya ngap-ngup en hubby mengunyah. tapi heran juga tak gemuk2. Yang duk kat dapur ni jugalah yang makin mengembang. CHOC. CHIPS ORIGINAL 50 pcs RM 20 Ini adalah resepi turun temurun salah silah keluarga kami yang duk di kg Cherok, Kuala Kangsar. Mula-mu...

Biskut Makmur

Image
close up! biskut makmur Sedang sibuk menyediakan sample biskut raya. Tahun ini rasanya nak promote biskut yang laris sahaja seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Kalau adapun biskut yang senang & ramai yang suka sahaja. Antaranya biskut choc. chips original yang hampir 5 tahun promote, alhamdulillah semakin ramai yang order, customer lama pun masih lagi tanya biskut choc. chips ini. Kenapa ya? kejap lagi cerita. Ini nak cerita tentang biskut makmur dulu. Kelebihan Minyak sapi gheeblend yang insyaallah terjamin halal & suci Diubah suai resepinya tidak seperti dulu2 hanya minyak sapi 100% kemudian dah dibakar..bila sejuk disalut dengan gula halus. resepi rahsia yang terkandung didalamnya menyebabkan terasa sedikit kelainan. Berlemak dan cair di mulut ada rasa manis, masin dan lemak Permintaan tinggi juga biskut ini ikutkan hati nak tak nak ambil tempahan sebab sukar nak membentuknya kerana kalau terlebih sapi ianya terlalu berlemak tak sedap dan agak lemau. Itu yang penat jari ini...

Biskut Creameo Choc

Image
Thanks to Puan Nor Hayati 10 Balang Hg RM15 Order sekali Original Maruku 10 peket Hg RM5 (AGEN PRICE) sepeket

BISKUT RAYA 2012

Image
CHOC. CHIPS CRACKERS 50 pcs RM20 TAT NENAS 50 - 55 pcs RM25 BISKUT MAKMUR 50 pcs RM 24 CORNFLAKES CRACKERS 50 pcs RM17 BISKUT CREMEO CHOC. 55 PCS RM25 BEST SELLING Sangat-sangat mendapat sambutan menggalakkan sejak dikenalkan 2 tahun lepas hingga tak menang tangan, walaupun bukan hari raya permintaan tidak berhenti. Pada mulanya disalut dengan kelapa kering, tetapi ramai yang tak berapa suka, oleh itu digantikan dengan oat. Tepung bersama dengan biskut orea yang dikisar kemudian disalut dengan coklat masakan dah akhirnya disalut dengan oat. Menggunakan mentega secara total, tidak menggunakan sebarang majerin.

Preparation for sample biskut raya 2012

Image
Biskut Strawberry fingers belum pakai bedak & lipstik Choc. chips ini biasalah tak raya pun laju dapat order macam bas express

Tart Buah-buahan

Image
Tart Buah Cantiknya!!! inilah produk terbaru untuk sempena Hari Raya 2012 insyaallah. Saya suka sangat, sampai nak makan pun rasa sayang je. Anak dah merayu-rayu. Sound dulu tunggu umi buat dulu yang lain, cuci mata dulu. He he teruknya umi dia ni. 'Practise make perfect' itulah kunci kata semangat diri ini untuk berjaya dan juga kepada rakan blogger lain yang mempunyai minat yang sama macam saya ini. Tart ini serupa rasaya macam tat gulung atau tat gunting. tapi rupanya yang cantik sangat sesuai untuk doorgift /hamper/hantaran Berminat telefon saya...homemade so bila confirm order baru saya buat sekotak (35pcs) RM45.00 TAPI nak ribbon + bunga2 ini RM50.00 Loose order pun boleh RM1.00 TAPI MINIMUM ORDER 50PCS Open order for Hari Raya 2012 (sorry gambar tak cun sangat pakai hp, nanti boss izinkan kita upload dgn dslr en hubby yek!)