Posts

Showing posts with the label Kelas

Wedding Cake stacked 2 tier - Fondant

Image
Inilah Hadiah Kek untuk diriku sebenarnya....(sebab tak ada orang nak tolong buatkan he he) Pengalaman menghasilkan bunga rose dari gumpaste ini rasa nak mengalirkan airmata terharu...tak cayalah sangat-sangat teruja...sampai termimpi2 thanks to kak  naz hashim ...pengalaman ini terlalu mahal untuk diperolehi dan sememangnya kelasnya boleh tahan tetapi amatlah berbaloi melihatkan hasilnya. Kek didalamnya adalah 'mud cake' yang sangat2 sedap disaluti dengan coklat ganache memang  dari coklat compound beryl's bukannya coklat cooking biasa digunakan...so sangat2 sedap mendapat pujian dari sedare mare yang datang bertandang Harga RM800 2 tingkat bottom 8 x 8  layer 4 lapis dengan ganache top 6 x 6 layer 4 lapis dengan ganache sekiranya ada yang berminat harga boleh dirunding

Kelas kek Hantaran bersama Rani di Mysugar Class

Image
Hari ini belajar Mendeko Kek Hantaran bersama Rani di mysugarclass . Alhamdulillah bertambah lagi ilmu dunia bakeri kek ini. Antara yang dipelajari ialah teknik melicinkan buttercream, membuat bunga rose pecah-pecah dan yang paling bestnya ialah membuat bunga rose ini tanpa kon. Banyak kesilapan yang telah dibuat sebelum ini telah Ayu dapat ilmunya pada hari ini. Terima kasih Rani & Lynnhassan

Kelas Kuih Melayu Tradisional

Image
Alhamdulillah demi memenuhi tuntutan anak lelaki kesayangan Ayu ,Mukhlis Zikri maka untuk kali kedua telah pun menghadiri Kelas 'Kuih Melayu Tradisional' di Citra Klasik, Jalan Reko, Bangi bersama Kak Pau. Anak teruna Ayu ini suka sangat makan Apam bunga warna-warni termasuklah emaknya juga. Banyak tips dan petua yang Kak Pau kongsikan bersama. Sememangnya tak sama kalau kita salin resepi dan masak. Dibandingkan dengan menghadiri mana-mana kelas masakan. Bila dah menghadiri beberapa kelas masakan, Ayu lebih yakin dengan produk yang Ayu hasilkan dan penerimaan pelanggan pun mendapat pujian. Antara tips dari Kak Pau ialah zikrullah Subhanallah telah pun sebati pada dirinya. Setiap kali dia paipkan apam-apam tu setiap kali itulah perkata 'Subhanallah' dizikirkan bersama. Ayu setuju sangat. Tips dari Ayu untuk dikongsikan bersama sahabat di sini ialah ambillah wuduk sebelum memulakan sesuatu pekerjaan terutamanya memasak.Terus terang pengalaman dari sahabat terdahulu me...

Belajar Kek Ala-ala Pasar Malam di Citra Klasik

Image
Sifu kak Pau (bertudung oren) Kek Bantal Sponge Coklat - RM 6.00 Kek Lapis Pandan - RM7.00 Semalam bersama-sama dengan rakan baru, ayu menuntut ilmu kek ala-ala pasar malam bersama sifu Kak Pau di Citra Klasik, Jalan Reko, bangi. Ayu amat berterima kasih kepada kak Pau dan rakan-rakan yang belajar sama tidak kedekut berkongsi pengalaman mereka dalam bisnes bakeri ini. Banyak tips terbaru dipelajari bersama kak pau, amat bersantai & riang ria gelak sakan.Ayu rasa dalam banyak-banyak kelas, kelas dengan Kak Pau lah yang paling best cause memang sporting habis. Untuk mereka yang nak belajar mendeco kek , adalah terbaik untuk datang ke kelas ini.Ilmu yang dipelajari ialah kek sponge (aneka sponge pandan, coklat, oren ), kek lapis pandan, kek lapis keladi, kek coklat, kek butter (kek pelangi, kek marble, kek kosong letak kelapa), kek pisang, & kek chiffon.Kenyanglah anak2 ayu semua manataknya bawa 8 biji kek terus ke rumah tapi sekejapan dah habis, especially lapis...