Selamat Hari Raya tahun 2014 Kini syawal kembali setelah berpuasa selama sebulan. Paling menggemberikan anak-anak yang kecil,alhamdulillah mereka berpuasa penuh. Mengharungi layanan cetusan hati & perasaan mereka yang kelelahan mengharungi perit menahan lapar & dahaga kadang-kadang meruntun hati seorang ibu. Bersyukur sangat pada Allah swt, dikurniakan kesihatan & berbuat terbaik pada bulan Ramadan yang lalu. Walaupun kepenatan yang teramat sangat menyiapkan tempahan biskut raya, namun kepuasan tak mampu terucapkan bila keuntungan yang diperolehi dapat dikongsi bersama orang yang tersayang serta mereka yang memerlukan. Memberi dengan hati yang benar-benar ikhlas, mendidik hati, jiwa & perasaan ikhlas & bersih kerana Allah swt. Perniagaan walau apa jua bidangnya , namun kalau tidak kuat, tabah, dalam mengharungi keperitan & kepenatannya bukanlah berniaga namanya. Dan berniaga ini bagi saya bukan sekadar menambah pendapatan &memmperoleh k...
Comments